Siapa Yang Nak Amik Gambar Nih?

30 Disember 2010
Sekitar jam 9:30 – 10:00pm (tak dapat dipastikan)

Perlawanan antara Malaysia dengan Indonesia sudah berakhir. Dengan Malaysia menang agrigate 4-2.. Ramai yang melompat kegembiraan. Tak kira lelaki atau wanita.. (aku juge teman  tak ketinggalan) Tak tau la dari spesis beruk mana cara kami melompat.. Hanya mereka yang berada di belakang kami je yang tau… Masa ni lah kami nak tunjuk di mata budak-budah ofis yang kami punyai semangat patriotik. Meskipon terlepas kapal terbang ke Stadium Bung Karno. Tapi kami tak ketinggalan menonton di Perkarangan Mahkamah Presint 2, yang dipasang dengan layar besar seolah-olah tayangan wayang pacak.

Klick..klick….lensa kamera entah siapa-siapa. Aku juga Norm, Diana dan Dekya tak ketinggalan. Norm dilantik sebagai kamera man malam ni. Meskipun menggunakan kamera handphone Aino, kami tetap layan. Al maklum, kami tiada DSLR dan Norm hanya mampu makan hati kerana kemera besarnya tinggal di rumah. 
Dalam kegairahan bergambar, sekumpulan anak muda menuju kearah kami, katanya nak mengambil gambar bersama. Kerana terlalu excited, (maklum, kami tak bawa apa-apa meskipun Bendera, hanya hati yang penuh dengan rasa bangga sebagai anak Malaysia) kesemua kami berbaris, dengan gaya tersendiri… Di depan ku kesemuanya anak muda tadi yang memegang sepanduk, bendera juga muffler kuning tulisan MALAYSIA sebelah kiriku Dekya, Norm disebelah kanan..dan hujung sekali Diana…

Tiba-tiba…

“Wey, siapa yang nak amik gambar nih?”

Comments

Popular Posts