Monday, January 10, 2011

Ana Rafali Juara AJL!!

Juara Lagu : 
Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali

2nd : 
Drama King - Meet Uncle Hussain ft. Black

3rd : 
Noktah Cinta - Hafiz

Vokal Terbaik : Hafiz (Noktah Cinta)

Persembahan Terbaik : Faizal Tahir (Hanyut)

TAHNIAH!!!

Baru je habis anugerah juara lagu! Persaingan memang sengit...! Tu aku tak nafikan. Ramai yang boleh diangkat menjadi juara.. Ramai juga yang boleh diangkat sebagai persembahan terbaik pada aku... Antaranya, persembahan tembakan pistol yang macam nampak real dari Hafiz AF7, part Faizal Tahir basah dalam air untuk lagu Hanyut, Hujan, A.P.I dengan lagu Pelita yang menggabungkan 6 kumpulan indie dah macam Slipknot, Bunkface yang memang style anak muda..memang mantap...nak nanges tak tengok! 

Namun ini adalah juara lagu ye JUARA LAGU, bukan pertandingan artis mana yg hebat.... Juara Lagu, boleh dikatakan pertandingan diantara komposer-komposer ye, bukan setakat vokal nyanyian oleh penyanyi juga persembahan semata...ia dikira melalui Lirik dan Muzik juga.... Jadi tak hairanlah kalau lagu Tolong Ingatkan Aku [oleh Ana Raffali] diangkat sebagai Juara Lagu yang ke 25 ni.. Yang lain bukannya tak best, best....cuma mungkin bukan ada rezeki untuk Tomok, Bunkface, Hujan dan lain-lain...

Buat pengacara bertiga tu, mereka ni memang gandingan yang baik. Even ada part-part yang kurang menjadi kan... Tapi mereka memang kelas...!! 

Tahniah lagi sekali untuk Ana Raffali...!! Jom kita karaoke sama.....



Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku

Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

~,~ weeeee

No comments:

Post a Comment