Friday, January 21, 2011

Review Filem : KHURAFAT

BETUL!!

Aku telah memberanikan diri untuk menonton filem terbaru arahan Syamsul Yusof.

Kejadian berlaku adalah pada hari Rabu bersamaan 19 Januari 2011 [14 Safar 1432H]...time-time khurafat ni la boleh ingat tarikh islam, hafal Surah Yassin bagai kan...ngee~ Kalau tak, mak suruh ngadap tu, 2-3 kali cakap baru nak buat....

KHURAFAT...
http://3.bp.blogspot.com/_zia5Y3wOOrw/TSJ_-OO-NmI/AAAAAAAAFzc/YlOb-knuSV0/s1600/khurafat.jpg
gOoGLE.CoM
Rabu haritu bertempat di The Mines Shopping Fair, AkuSchaCikAyuAbgIddinZury&HubbyAdikZuryAdikCikAyuMakTiri&Family turut serta ke pawagam untuk layan KHURAFAT. Mereka ni memang semangat nak menonton. Cuma aku sorang je kalo boleh tak mo, iklan kat tv mcm horror je bila part bacaan yassin tu... Tapi bila dah tengok, hmmm...mungkin kita masih belum setanding karya luar negara ... mcm The Ring ke, Ju-On ke, Kuntilanak ke kan...

Jom review cerita ..
Garapan cerita dia memang best...meskipun jalan cerita dia agak pendek. Point-point yang Syamsul Yusof nak sampaikan aku rasa memang tercapai. [Insaf...} Bila difikir semula, kekadang kita sebagai manusia ni sanggup buat apa saja untuk mencapai hasrat.. Selagi tak tercapai kita takkan mengalah, sampai part puja memuja yang terang-terang kita tau benda tu khurafat pun akan kita gunakan mekipun dah tau apa konklusinya nanti. 'Matlamat tak menghalalkan cara' beb.

Dari pemerhatian aku, part paling agak menakutkan adalah scene Lj masuk kereta nk balik rumah dari spital. Berpaling belah  kanan tros setepek muka huduh hantu tu...Errrrr...! Kalu aku la, lama dah kiok kat situ... Namun, setiap filem tu tak semestinya perfect kan.. Tak mungkin akan memuaskan hati setiap penonton. Ada juga part yang 
macam kurang masuk akal kot, contohnya semasa berlaku exciden, mayat Anna tercampak keluar berani la pulak si Johan tu kendong mayat tu. Bukan ke dia dalam keadaan yang takut?  Tapi time hantu tu kacau dia lari pulak tinggalkan mayat Anna... Masa kendong tu tak takut pulak?  haish... Celaru minda..
Apa motif  Watak Mak Cik Hasnah ye? Sekadar makcik yang kehilangan anak je ke? Dan bagi sarapan pagi free? Kenapa kuih bakar yang menjadi pilihan? Erkk... Lepas tu tiba-tiba  watak tu hilang.. Apa yang terjadi pada Makcik tu pulak? Lepas ni mesti ada filem 'Hantu Makcik Hasnah Pegi Sepital..'
Selain tu apa lagi eh... oh ye..! Apakah fungsi sebenar Lj dalam cerita ni? Aku rasa macam dia watak sampingan pulak.. dan tak bersesuaian dia sebagai isteri pada Johan tu... Macam adik-beradik je aku tengok..hehe~ Kan bagus kalo pelakon wanitanya adalah Ayu Raudhah ke, Lisa Surihani ke, atau Tiz pon okay...

Bab pencahayaan pulak, aku macam sangat curious le... apasal semedang je tak dak lampu dekat hospital tu...? Lebih-lebih lagi masa dalam bilik mayat tu memang lampu dia satu kecik tu je ke? Owhh..mungkin Syamsul nak bagi nampak horror.. 

2 comments:

  1. wahhhh da tgok ke???nak tgok jugakkk T_T

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas review filem ini. sangat baik dan membantu. Teruskan usaha murni ini.

    ReplyDelete