Facebook Dah Nak Terminate??

Sana sini orang dok sibuk dengan Facebook [FB] kan. Tanya lah dekat mana pun, siapa yang tak tau Facebook tu ape? Cakap FB pun orang dah tau kan... Mana tak, tengah keje, tengah tunggu bas atau LRT, lepak kedai mamak, tengah nak lelap-lelap tido pun orang boleh main FB... Dalam lappy, desktop, mahu pun telepon canggih, tak canggih pon boleh asal ada akaun Facebook..Betul tak? Pakcik dreba teksi, murid darjah 6, makcik jual nasik lemak, malahan kakak indon cleaner kat ofis aku pun ada facebook tau...

Credit : Google
Sangat fames tau FB ni seantero dunia. Pak Arab pun layan FB, jangan main-main..!.

Tapi, petang-petang macam ni aku dah dikejutkan dengan satu berita, yang aku pun tak berapa pasti kesahihan dia.. Sebab aku baca  pun melalui laman blog teman-teman blogger.

Beb,

Aku sebenarnya tak tau ni berita betul atau tidak... Tapi ini lah hasil dari apa yang aku baca antaranya boleh klik [sini-Yul] [sini-Diari Kecilku] juga [sini-OneDestination] juga beberapa teman yang lain [klik sini-Storyteller], untuk berita lanjut...

Semua bercerita pasal, FB nak terminate pada 15hb Mac nanti, betul ke? Atau itu sekadar omong kosong macam apa yang diperkatakan dalam ~Worldnewsinsight.com~?

Tapi kan, kalo korang fikir balik, takkan lah mamat Zuckerberg tu betul nak tutup... Keuntungan dia juta-juta tau hanya semata-mata membina sebuah laman sosial je.. Ke dia dah tak tau nak simpan duit dia kat celah mana...  Apa susah, masuk la dalam KWSP..ASB aku pun ada..hehehe~

Comments

Popular Posts