Saturday, January 22, 2011

Gadis dan Bunga

"yunk... i nak bunga rose meyrah..."
"u ni... smalam kan i dah bg bunga, mgu lepas pun ada i bg...bunga bkn ley mamam pon..."
"tak kire! maw juge....ngeeee~"
"u ni kan.. membazir je duit i..."
"kedekotnye u nih.....!"
"iye lah..."
"TAK KIREEEEE...I NAK JUGA bunga tetiap hari..i nak bunga dari cameron...!"
"demand lak tu..nti i beli la..kuar ngn u bwk bunga je tak yah pg makan dah... u nak kale pe? merah, biru, putih, kuning, ungu...? semua kaler i beli... jgn bny komplen lg ble i tak bwk u tgk wayang dah, mamam ke, pe ke....okay?"
"erkkk....kejam u...."

hehehe~

Perempuan memang sinonim ngn bunga yek? Especially bunga Ros..Tapi korang tau tak apa makna disebalik kaler bunga yg engkorang dapat tu? Sama ada ia melambangkan rasa cinta, kasih, persahabatan, cemburu dsbg....

Yukk...tetiba nak buat entry pasal bunga. Bukan apa...tadi aku ada la borak-borak dengan kawan sekolah, yang dok asyik sangat nak bunga dari boipren dia.. Then datang lg sorang pun mintak juge bunga. . Yg aku pelik, kenapa sorang  ni mintak kat boipren org tu, siap pilih kaler g nk pe...main tibai je... Tak pulak dia tau apa makna disebalik bunga pemberian tu...?

Meh aku kongsi, antara meaning colournye...


Ros Merah
Yang ni paling jelas bermakna "Aku cinta padamu." Ia merupakan asmara dan cinta.

Deep Pink
Bermakna "terima kasih". Kalau seseorang yang kite kenal melakukan sesuatu yang menyenangkan pada kita,  pink rose adalah cara yang baik untuk mengucapkan "terima kasih".

Regular Pink 
Ros merah muda pula adalah lambang kebahagiaan. Pemberian ros pink ni bg menyampaikan perasaan bahagia kita, "Saya sangat senang dengan hubungan ini." Ada juga yang kata, ia membawa maksud kamu adalah cinta pertama dan menjadi idaman dia selama nih...kelasss~

Light Pink
Ros light pink pulak lebih kepada "simpati". Contohnya, bila seseorang telah mengalami kekecewaan jadi kaler pink mcm ni adalah cara yang terbaik untuk express feeling kita. Menunjukkan kite feel sorry, sumthing like that....

White Rose
Ros putih pula, melambangkan kesucian dan kemurnian. mcm aku...~ Kalo nak tunjukkan hati korang putih suci, jujur, ikhlas, bg la yg kaler nih...

Yellow Rose 
Ros kuning melambangkan persahabatan dan mengambil berat. Ini adalah hadiah yang dikira sempurna untuk diberikan kepada kawan-kawan atau berikan kepada orang yang kita cintai bila kita ingin mengatakan "i care bout you". Kalo diberikan pada kawan-kawan, ia akan memberi maksud "Saya senang dengan persahabatan ini."

Lavender Rose 
Lavender rose pulak, adalah simbol "jatuh cinta". Dimana kiranya korang beri kepada orang yang korang suka, yang membawa maksud "Aku telah jatuh cinta dengan kamu dan saya terpesona oleh kamu." mcm tu la sikit lebih kurang....

Orange Rose 
Ini adalah simbol dari keinginan. Contohnya, "Aku menginginkan kamu" atau "Aku ingin mengenal anda lebih baik".. hehe..horror la plak...erkkk!

Black Rose 
Bunga ros hitam ni jangan la pulak sesekali bagi pada org yang tersayang, especially orang pompuan la...sebab ia membawa maksud "mati"..ayakkk~

Blue Rose 
Ros biru susah tau nak dapat. Bagi ros biru, ia melambangkan "misteri" dan ada juga berpendapat ia bermaksud "mencapai sesuatu yang mustahil". Pemberian ros biru ni dapat melambangkan kekurangan pasangan dan kamu dah capai sesuatu yang mustahil itu...aku pun sikit tak paham..ermmm...

Campuran Ros Putih dan Merah 
Let say kita memberikan mawar putih dan merah sekali untuk someone, itu adalah simbol Penyatuan dan persatuan yang membawa maksud "Semoga kita selalu bersama menjadi satu." Kiranya macam nak ajak hidup bahagia bersama la kot....hehehe~



Ha...so, dah tau apa meaning dia...kalo nak bg tu bior le berpadanan dengan maksud hati kita... kang silap arbulan, orang salah paham lak kan...hehehe~ Yang dok mintak-mintak tu pon kene la paham apa meaning dia... hokey..tata~


legnOte : aku baca dari sini..[klik]

2 comments: