expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, January 5, 2011

Aku & Lagu Sekolah Menengah

Kalau masa boleh diputar semula, waktu bila korang nak masa tu berulang kembali?

Kalau aku diberi peluang macam ni, aku nak mulakan semula di waktu zaman sekolah menengah... Di waktu aku mula mengenal zaman remaja! Di waktu aku terkinja-kinja nak hidup sampai lupa nak belajar, dok sebok hang-out dengan kawan-kawan pegi National Library..?? Lepas tu, serong KLCC, CM... Entah hape-hape.. baru nak hidup kan. Bila aku kenang semula, macam menyesal je. Sbb tipu-tipu, malas belajar, degil..! tapi kalo tak buat macam tu takkan ada pengalaman untuk aku kenang balik kan..!

Dulu,
Dekat sekolah aku tak la nakal sangat.. Takat datang sekolah lambat tu...memang masalah aku. Selagi belum jam tu cacah 7.15 pagi, jangan harap la aku nak siap sedia.Tapi bila sampai je, mesti aku lepas walaupun loceng dah bunyi... Pesal?? Sebab kawan aku juge yang jaga pintu pagar.. thehehehe~ Tapi sekarang dah keje, aku okay..[okay ke?]  Jarang dah datang lewat, hokey~

Meniru kerja sekolah... Ehem...kalo tak tiru tak sah kan..[ala.. tipu la kalau cakap tak pernah meniru..] Ini memerlukan stratergi.. Pakat ramai-ramai joint dengan budak yang bijak sikit, [ikot ketereran dia dalam subjek]. Pas tu korang akan pas pas dia punye buku sekolah. Malas katakan... Tapi, pastikan yang jawapan tu ada la sikit-sikit salah... Jangan la fully betul.. Ikot kebangongan otak korang...

Subjek yang aku Major adalah Bahasa Melayu, belagak...[padahal sonang bai tu..] Aku ingat lagi aku selalu saing dengan 2 orang budak lelaki tu nama dia Syakirin dengan Fazli.. Pantang tengok carry mark aku tinggi sket ada la mende dorang ni tak puas hati.. huhu~ Apa pun tu yang mendorong aku belajar.. Malu siyott kalo markah rendah.. Tapi la ni, takde lah kan... Malas sudah.!

Zaman sekolah menengah ni kalo aku ingat balik, dulu aku pernah like-like abang-abang senior, antaranya yang aku ingat sampai sekarang... Kamarulzaman [sampai jadik abang angkat la], Muttu [bukan india ye, gelaran dia je, pon jadik abang angkat], Zaki, Raja Amirul, Raffiq Najmuddin [skang dah jadi model Dashing dah], Hasli, Abg Nalique, ishhh banyak la. Sampai aku siap buat short list top 10 la dengan satu member kamcheng aku, Liyana.. Haha..~ Gila betul... Padahal semua mamat-mamat itu adalah kawan-kawan abang aku.!

Seronok kan zaman-zaman sekolah dulu.! Walaupun aku tak la segelemer mana kat sekolah, tak la pernah dapat tokoh maal hijrah ke, anugerah cemerlang ke, sukan terbaik ke kan. Tapi aku gelemer dikalangan kawan-kawan aku yang suka gelak..theeee~ Juga abang-abang senior, hanya kerana aku adik Ajis..!!

Terasa nak nyanyi lagu sekolah menengah lorh....



Tramtam tam tam tam.....

MELANGKAH KE ERA WAWASAN
BERBEKAL SEMANGAT WAJA
TEGUH DAN GIGIH BERUSAHA 
IKRAR AZAM DI DADA


BERDISIPLIN, BERILMU, BERJAYA
COGAN KATA KAMI SEMUA


RAKAN-RAKAN IBU BAPA DAN GURU
GEMBLENG TENAGA TANPA RASA JEMU
AGAMA SERTA BANGSA 
NUSA MAJU TERCINTA
DICURAHKAN TAAT SETIA


KITA KEJAR IMPIAN, KITA BINA HARAPAN 
TUJU MERCU KEJAYAAN
BERSOPAN BERETIKA, LAHIR INSAN MULIA
SMTM TERUS BEJAYA...

tram.tam..tam...

Aku jugak pernah sekolah dekat sini....


Tapi lagu dia tak pernahnya aku hengat...

No comments:

Post a Comment