Apa Cerita 2011 ?
Akhirnya, 2011 dah pun menutup tirai...
2012 dah pun menjelma. Even aku tak mo 2012 ni menjelma. Haha... (Makin tua la ngok.!) Ok jom, kawan2 kite review semula apa terjadi on 2011 ni. Takkan benda dah berlalu kita semua tak mo kenang kembali kan? Kira entry kali aku wat untuk review, back to back suka duka apa yang terjadi sekitar tahun 2011 bersama family, teman seperjuangan, geng APTB juga pencapaian azam tahun 2011. Ade ker?? Grrr..... Let's chek it out!
Tahun 2011 bermula dengan ucapan aluan 2011 yang tah hape2.. dari aku. Dan ianya tercapai sikit sebanyak. Alhamdulillah.! Actually tak banyak cerita sangat sepanjang awal tahun 2011 ni. Apa yang ada pun, aku mula masuk final semester tuk Dip aku. Dan Alhamdulillah, pada bulan September tercapai cita-cita selama 4 tahun setengah dengan buku-buku.
Bulan Februari berlalu dengan holiday aku bersama budak-budak sekolah form 5. Kitorang holiday 2hari 1mlm kat Cameron Highland. Syokk...dan aku mula rapat ngn bakal calon suami soleh Yanti. Sweet couple la konon. Wekkk~ Ahh teringat pulak dekat ice-cream choco strberry dia tu.
Ehh..bukan tahun 2011 ni juga aku pindah rumah ke?? Hmm..~ Yep, aku masuk rumah baru! Sebelum ni aku duk Presint14 kuarters, tapi jodoh tak ada dengan rumah tu dan pada masa yang same jugak, Sally <-- classmate kat UtM offer rumah sewa dia dekat Presint 11. Syukurrr aku tak merempat.!
Sepanjang awal tahun juga aku dok sebuk dengan aktiviti sukan Berkat. Futsal, Bola Tampar, indoor games. Mcm-mcm.! Dalam satu dua games tu ada la jugak menang ...kan. Hee.. Now, tunggu perhimpunan Berkat tahunan, dan pencarian sape olahraga/olahragawati tuk tahun 2011. Bak kata Keroppi, kalo tak menang, jadik shortlist top 5 pun jadik ler. Amboi, impian ko dik oii.... Tu semua kisah suka.. Dan kisah duka pulak...
Dugaan~
Akhir tahun lepas, lepas mak aku pegi menunaikan haji (alhamdulillah...dapat gak mak pegi sana.) Ayah aku disahkan sakit jantung. Dan pada bulan Mac 2011 ayah aku menjalani operation jantung. Bypass. Hmm penangan merokok yang keterlaluan. Jadi, bagi sesapa yang merokok tu, kurang-kurangkan lah kalo korang rasa sayang kat family korang. Terus berenti lagi baik. Bypass ayah aku alhamdulillah selamat, tapi banyak sangat dugaan time tu, dengan aku eksiden kereta, a day before hari bypass ayah. Habis vivac aku crush depan belakang, sama dengan hati aku yang pada waktu tu masih belum sembuh luka kekeciwaan.. Aihh. <-- Abaikan yang nih..! Sebulan lebih kurang aku tak de kereta nak gerak ke sana sini, thanks pada Kema sbb sudi tolong aku sebulan tu, pegi balik naik JGT, kendian pinjam pulak JGT pegi UTM amik paper mikro, Tenkyu Kema.!
Kehilangan~
May 2011, sambutan Hari Ibu yang sepatutnya bahagia. Tapi pada aku ia lebih kepada sebuah kehilangan yang amat besar. Ye.! Tu hari terakhir sebenarnya kegembiraan aku dengan arwah Mak Tam. Sri Ayuthaya membawa seribu satu kenangan tuk aku dan family. 5 Jun 2011, dia pergi buat selamanya lepas lebih kurang dua minggu dia kene strok. Sehari lepas kitorang sambut Hari Ibu, dia collaps dekat ofis. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, dan Al-Fatihah untuk dia...
Hmm...tak nak la cerita-cerita sedih lagi.. Setengah tahun terakhir 2011 terisi dengan aktiviti APB. APB?? Ape tu? Bermula dengan larian 1Sukan 1Sekolah ke ape, aku mula rapat ngn geng APB ni. Makin rapat bila kak Nono pindah masuk rumah aku sbb Scha dapat kuarters..dia nak kawin dah, Tahniah!
Kegembiraan~
Julai sebelum masuk bulan puasa, aku ngn geng APB buat trip ke Ulu Dong, kampung JeJai... Diikuti dengan buka puasa steamboat kat luar dengan kawan-kawan, tak lupa Nani, Aishah n Fifah bebudak unit Dasar. Seterusnya buka puasa kat umah P11 dengan geng APtB. Lepas raya punya aktiviti. Tak sengaja aku balik kampung, geng APtB pun join sama, merasa korang datang kampung aku kan.... Tapi sory sangat sebab hari tu hujan dan tak dapat korang nak naik dusun durian atok aku.! Teringat muka-muka kecewa korang waktu tu. Huhuhuhu~
Sepanjang akhir tahun ni banyak aktiviti aku dengan geng APtB. Bermula dengan trip Ulu Dong tu, berjela sampai ke kampung aku, kampung Abg Lantun, majlis tunang Ariee kat Perak. Majlis kawin Arip dekat Terengganu, rumah Stopa n Qadirr. Holiday kat Penang, Gambang Waterpark. Semuanya best dan tak akan di lupakan selamanya. Frenship will never apart.!
Nak dekat penutup 2011 ni, impian aku terlaksana bila aku konvo pada 26 September 2011. Kesedihan melanda juga, tak banyak sikit. Bila bos aku Cik Asya last bulan Oktober haritu. Hmm...dia bos paling best pernah aku ada. Tak lupa juga Cik Ayu yang dapat tukar ke Klang. Owh.. En.Khalid yang bertukar pegi IPGM. Tak best lol.!
So, akhir kata sempena penutup tirai 2011 . . .
Semoga apa yang berlaku 2011 menjadi sandaran untuk aku terus berusaha dan berusaha.! Meskipun banyak dugaan suka dan duka. Apa yang terjadi biarkan menjadi titik permulaan aku untuk lebih maju. Yer.! Segala yang pahit tolak ke tepi, biar menjadi lipatan kenangan yang abadi. Bagi yang manis itu kekalkan ia pada momentum yang teratas.
Selamat memulakan hari baru, tahun baru dan azam baru.!
Hmm....apa agaknye azam aku tahun ni ea? Tercapai ke??
pelbagai kisahnya kan..
ReplyDeletedugaan dlm hidup..
wow!!!complete!!!nak buat jgk!!!hehehhehe
ReplyDeletedugaan yg jadi pengalaman... semoga kita semakin tabah utk menghadapi yg mendatang...
ReplyDeletesuka duka 2011.... Moga tahun ni ko kawen beb... next year ade anak.. yes!
ReplyDeleteyui ;
ReplyDeleteye lah... tahun ni ape cerita pulak kan..?
ninisweet;
buat ler, boleh kite kongsi sama-sama...
khai;
yer tabah...
tea;
wey, mekasih.! Doakan aku yer?
teringin juga nak wat mcm ni tp xreti...kang melalut je lebih..hehe..
ReplyDeleteanyway, tolong menolong amalan mulia..jd bertolong menolong lah sesama kita..
wish ur 2012 coming full of joy with ur APTB gang.. =p