Tuesday, January 31, 2012

DAY 15 - Kalau dapat RM1juta, apa yang aku buat dengan duit itu?

~entry lapuk *lupa nk publish!~

Susah tau nak dapatkan mood untuk buat entry baru. Dan lagi malas bila  dok tengok si Yui dah sampai DAY 21 dah buat entry 30 Hari Challenge dia. Kalo nak kira malas, memang sekarang ni pun aku malas nak buat. Tapi dari tak buat, lebih baik aku ringankan tulang pat kerat ni biar tak jadik PEMALAS macam syaiton nurrajimmm kan... 

Jom tengok soalan puaka hari ke 15 dulu. Soalan dia, kalau lah aku dapat duit sejuta, apa yang aku buat dengan duit itu? Mmmm...

Kata lah ada orang yang berfikiran tak waras sewenang-wenang nak bagi duit sejuta dia kat aku...kan. Aku ingat perkara pertama-tama sekali aku nak beli rumah tuk mak ayah aku. Selesa sikit derang. Dah tua-tua ni susah nak duk umah flat tinggi-tinggi gitu. 

Baki dia tu aku ingat nak gi holiday. Ada sesape nak ikot tak? Tak yah bayar. Free aje. Korang cakap je korang nak pegi mana? Italy? Jepun? Korea? Rome? Katakan aje.. Kawan punya pasal. Kang kata aku lupa daratan kan...  And the rest, aku labur lak kat simpanan aku. Hihihi... Barulah dinamakan tak boros kan kan kan?? 

Boleh tak macam tu???

Ada sesape sudi nak bagi sejuta? Ada? 
Kot kalo nak bg hantaran pon aku terima je.~

_________
legnOte : ehhh....nak sign up pay pal mcm yang si kems dok canang dalam --> entry dia haritu...

6 comments:

  1. aku kan yunk, aku nak bawak famili aku naik hj dulu.. harap duit tu halal lah.. pehtu aku beli rumah.. pehtu aku beli skyline r35.. the rest aku simpan ASB.. aku agak lokek juga... ade bunga2 baru wat melancong...*ape aku merepek lg niii?*

    ReplyDelete
  2. perghh nak g berlin please hahaha

    ReplyDelete
  3. Adehhh... alangkah bahagianya kalau betul ada nk kasi sejuta. Benda 1st akak buat ialah settle semuaaaa hutangggg ( nampak tak panjang dia punya harkat, tanda byk hutang sgt la tu)

    ReplyDelete
  4. kalau memang hak aku, aku buat pelaburan... tp kalau hak org lain, aku pulangkan balik... hehehe

    ReplyDelete
  5. ban holiday tu aku suker...tak payah bayar...jgn lupa masukkan nama aku dlm list mu...hahahahaha

    ReplyDelete