expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, January 16, 2012

Day 14 - Perkara menarik yang anda lakukan hari ini. (Paintball memang awesome!)

Menarik tak menarik, harini aku nak pegi angkat spoiler kereta aku. Orang kedai tu janji harini dah bole angkat sama itu spoiler, sebab itu duit mau kasi sama dia sudah ada...! Tapi sengal, aku tak bawak pulak kereta. Sebabnya ha....

Ni cerita semalam....

Competition untuk games Paintball sudah bermula...!! Ada seramai 8 pasukan yang tampil menyerah diri untuk di tembak. & group dari team BPPA ikot kaler umah. Dan satu team adalah team jemputan yang terdiri dari bekas-bekas prajurit BPPA dulu. (staf yang dah berpindah le) . Antara yang datang memeriahkan parti tembak - menembak ni adalah Pak Incik, En. Scot, dan En.Raynor. Ada beberapa jemputan yang sepatutnya hadir tapi last menet kensel dan ada gak yang cari jalan nak ke tempat game tak jumpa. Uncle Kelly, last menet kensel sebab nak gi dating ke ape? haaa~  Dan yang carik jalan tak jumpa si Flynn Ryder.! En. Oodeng..missing in action ke? Dia ni aku tak tau ape kes.. Tapi yang 3 orang ni memang sporting.. Straight game dorang aje yang menang.! Siap nak repeat lagi. Disebabkan team jemputan tak cukup korum, jadi 2 orang staf BPPA menyerah diri tuk main ngan merikee. Tak sopan la kan kalo kita tak melayan tetamu jemputan dengan sopan-santun kan..ha~

Final game, team umah hijau bertemu ngn team umah biru. Cekak Musang vs. Ben-ben. Apa punya nama group la si Panjang bagi. Dan kemenangan berpihak kepada team Ben-ben.. Nama punya tak sedap pun bole menang, Kihkihkih~ Memang derang terer la...

Sakit-sakit badan aku dibuatnya. Adoi.~

Dan pagi ni, aku bangun. Kaki tak boleh nak bengkok. Seb baik toilet bowl kat umah yang duduk punye style..ehhh! Grrr~

Lebam-lebam tak payah nak kata. Sana sini. Comel je bulatan lebam dia ikot size bullet tu. Mau 2 minggu jugak nak hilang. Jari hantu sebelah kiri pun masih lagi bengkak tak buleh nak genggam sangat. Yang lain -lain kecederaan still under control. 

Nak gerak g keje tadi, aku follow je kak nono. Biar dia yang drive la harini. Aku nak tekan clutch payah jugak rasanya. Dapat pulak jammed di pagi Isnin. Lagi siksa derita. Jadi amik keputusan tak payah bawak kereta. . . Padahal harini nak pegi pasang spoiler.... Adoiii! Spoil betul lah...!!!

_________
legnOte: Seb baik ada WSA.huhuhu~

7 comments:

  1. sy sokong team jemputan!!!!hoyeah!!ehhh??

    *sentap umah kuning tersingkir =(*

    ReplyDelete
  2. takpe cik muda...sakit skit jer, janji enjoy!aku dpt merasainya..cam best la!!..hehehehe

    ReplyDelete
  3. Hai! Cik Muda...Cik Rose Guna font Delius..Tuto ada kat Blog Bui

    http://idzrarynprelovedproperty.blogspot.com/2012/01/bertukar-sudah.html

    ReplyDelete
  4. yang pasti ijo menang...hoyeeee....

    ReplyDelete
  5. yui;
    terai ler main.....kalo mau badan lebam2..hik~

    khai;
    isk...semangat sukan sket.!

    kema;
    berpaling tadah, sokong team jemputan...adoii....!!

    mek;
    sakit lol..tp orang kata, kalo tak nak sakit, jangan main..yg pegi main gak sape suruh kan??

    cik rose;
    ok, tq cik rose!

    kak lea;
    yey yey! ijo menang meskipon tempat ke dua..hhoooyey~

    ReplyDelete