expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, June 29, 2011

Pak Incik dah selamat bertukar...

Entry da lapuk...!

Pak Incik dah selamat bertukar...

Sesungguhnya, bila pak incik tak ada tiba-tiba rasa sepi... (ayat kipas...!!) Mana tak, kalau yang sporting dan happening (meskipun menyakitkan hati, kadang-kadang..) dah blah ke tempat baru..! Musim pertukaran staff dan pegawai. Agak ramai juga yang bertukar antaranya Pn. Imah ke BPG sama pak Incik, boss Linda (Cik Amini) ke LPM, Cik Nik Azah yang pergi BPSM. Siapa lagi ye..? Hmmm...Incik Wahab yg bertukar ke BPTV (ni paling besh..!! Sbb bos dia En. Haizi..) Nak Jugakkkk!!!!!! 


Oh..! Kak Iza pun dah pindah ke LPM dekat Jalan Duta.. Susah dah nak jumpa lagi.! Nak pulak menjelang Ramadan ni. Selalu tiap tahun, pasti akan ada hari yang aku, Pacak, Nani dan Kak Iza keluar buka sesama..

Berbalik pada ceritera Pak Incik ---->


Sedar tak sedar 5 tahun dah aku dekat BPPA ni, bekerja 1 unit dengan dia meskipun bukan directly di bawah dia.! Tapi pengalaman bekerja dengan dia memang mengajar erti ke"SABAR JE LAH" ... Sungguh.! Tak caya? Tanya Ily, Kak Zai, Kak Ana n Kak Khasnah... Kak Mazlin mungkin baru lagi..! Sape je yang kerja dengan dia tak SAKET HATI? Bagi keje ikut dan, suka buat muka, kata-kata yang tak beralas. Memang SENTAP.! Tapi, dia baik hati.! Sangat-sangat baik hati... (Luaran kot, saja nak tunjuk ekkk...) Gile jahat aku ni..~ Kadang-kadang, lawak juga dengan perangai dia... Aku nak gelak tak sampai hati... Biar je lah..~

Hari pertama aku bekerja dengan dia adalah hari yang membuatkan aku pening sekejap.! Masa tu bos aku Cik Mas. Tapi pada waktu tu Cik Mas kena kursus 6 bulan - INTAN, Pak Incik ambil alih. Bila satu hari tu dia suh semua staff  bawah dia masuk bilik dia jumpa, aku ketinggalan... Terpaksalah aku masuk sorang.. Rare.! Ada dia suruh aku baca pekeliling, dengan tanya aku apa itu factoring dalam tender la gitu taksilap aku...

"Masuk BPPA bile? Takkan tu pun tak tau...bape lama keje?"
"Betulkan binding Pekeliling ni, sambil tu baca jugak.." Mak aihhh....!!! Dua bundel tebal.. Nak mati..

Memang kerek... Aku keluar, abis sumpah seranah keluar..! Tapi, kalo bukan disebabkan dia, mesti aku tak tau kowttt factoring tu hape...!! Yang peliknya, dalam sumpah seranah tu masih jugak aku pegi cari pe jadahnya factoring yang dia tanya tu... Terima kasih ye..!

Ada satu part yang aku ingat sampai sekarang, kenangan menggamit memori betul... Time tender MPAV bila dia suruh aku settelkan senarai nama AJK Penilai. Memang aku setel habis.. . Semua orang aku keluarkan surat. Siap pos lagi. Rupanya beberapa orang je. . Mau dia tak herdik aku time tuh.! Tapi, masa tu aku dah tanya dia, reconfirm nama AJK tu, dn dia pun confirm seme tu... Benda nak jadi kan...~ Lepas kene jerkah, aku blah, muka merah tahan marah, sakit hati... last nanges dalam surau...Kak Khasnah ada waktu tu.. Siap gelakkan aku lg...Cisssss kek betul! Bos, kamu sangat jahat.! (haha..tiba-tiba~)


Apa pun aku masih lg salute dekat dia, even mulut lazer tp hati baik. Dia bny bg pendapat jg nasihat tem aku down.! Even waktu kerja ataupun kehidupan seharian.! Sangat-sangat berterima kasih...

Itu je lah ceritanya dengan baginda nih... 

No comments:

Post a Comment