Cinta vs Suka

Rasanya ramai dah pernah baca tentang fakta ni kan.. Tapi aku masih lagi rasa teruja cikit-cikit bila seorang kenalan opis hantar via email .. meskipun mesti ada yang cakap "alaaa wey, ni dah lama la." atau "aku dah lama buat entry pasal ni" atau "wey, email ni dah lapuk la..."
Ehhh...sukati lah... Ni sekadar me"remind" saje... adakah benar atau tidak, segalanya yang berlaku itu dalam hidup seharian ni tentang sesuatu yang dikatakan CINTA! dan SUKA~

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.
Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.
Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.
Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.
Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.
Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga. 

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.

Dari mana datangnya CINTA!? Pastinya dari perasaan SUKA~ kan? Kedua-dua ni saling berkaitan, terikat antara satu.! Tapi....

SUKA~ tak semestinya CINTA! dan bila adanya CINTA! pastinya ada SUKA~ ... 

Comments

  1. panah dgr bnde ni..tp ianya mmbuatkan aku asik nak related kan dgn life aku..=p

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts