Stress!!

Aku baru je setel isi borang keji kaji selidik pasal STRESS! Stress..memang stress. Nak menjawab soalan-soalan dia tu pun buat aku jadik Stress....hmmm~ **geleng kepala

Start soal Pekerjaan sehingga ke bab Pendapatan Bulanan aku dah mula rasa stress. Mana tak, tengok jumlah gaji tu seronok tak bertempat. Ngelintin' orang tetua kata...16hb baru dapat. Kendian click dekat bank rimau stepek tuh, habis semua. Yang baki tinggal RM puluh, sa dan sen je tinggal. Ko tak stress...? Nak cukup sampai 23hb tu mak aii lamo eaa....

***pitam @___@

Mano pOie ea duit gaji ko Jah. .??

Ni lah situasi yang selalu berlaku dalam kehidupan kita ye tak? Soal kewangan. Diri sendiri tak boleh nak manage kewangan diri.  Mana tak, kalau dah gajinye 1,500.00, duit sewa rumahnye bukan calang-calang 200.00 tiap bulan, dengan bil api letrik 20 ringgit, tolak plak dengan duit kete 600 (viva mana pandang kak oi...) mak ayah kat kampung lagi 300 (memang wajib kalo tak nak jadi anak derhake), Minyak kete lagi 200 la cincai, ada pulak hati nak main kutu bagai.. Amik!! 50 tiap bulan.. Korang kira lah. Yang tinggal berapa?? 130.00 tiap bulan? Ko nak belanje ape? Nak makan ape? Camana nak ada simpanan kawin? 

Sayang..

Tu baru stress pasal kewangan orang bujang tu. Yang dah kawin? Camana pulak? Bukan takat kewangan je yang jadik punca stress ni. Perceraian, penderaan, hilang rasa hormat pun antara sebab membuatkan kita terdedah dengan stress. Mana tak kalo dah hari-hari laki/bini ko asik dok mintak nak bercerai. Dok ada skendel kat luar. SMS bersayang ber'darling' bagai. Silap aribulan mau laki/bini tu kene curah dengan asid tak pun kene kerat sana sini, masuk Metro... Glamer la sekejap. Ada pulak dengan laki/bini ko "Eh, b**i asal lambat sangat nak angkat tepon ni?" "Kejap la se**n.. Ketuk macam nak pecah pintu tu. Ingat aku kat umah ni pekak ke?" Hmm....stress tak?? Hari-hari jadi mangsa pengunaan bahasa-bahasa kesat? Demn~  Ni baru faktor dalaman. Yang luaran? Persekitaran? Kerja? Majikan? Rakan sekerja? Aduiii!! 

Padahal nak hantar anak pegi sekolah je, jem dekat MRR2 sejam nak sampai sekolah anak. Tu lewat keluar rumah 5 minit je tuh. Kalo dah lewat 5 minit tu, alamat melarat la ke punchkad..kan? emm....MERAH lagi. Dapat la pulak majikan ko ni kaki tiaw je kejenye. Lewat semenet pun bising mengalahkan siren ambulen. Sakit telinga. Reda kat situ, rakan sekerja pulak buat hal.! Tak senang tengok ko pakai kebaya pink harini. Di canang pulak kat jiran sebelah. Kata ko pakai ketat sangat. Sampai nampak bumper-bumper, air bag bagai... Stress lagi..~ Duduk kat tempat, tengok fail dari minggu lepas tak jugak surut-surut, tapi duit poket makin surut dengan bil api, air tak berbayar lagi.. Broadband dengan wifi pulak... Dah tu awal tahun nak bayar yuran tusyen pulak lagi.. Memang serabut.... Padahnya satu hal tak jalan...kan?

Solution??

Kebanyakan punca-punca stress ni terjadi disekitar kita, dalam kehidupan kita seharian. Mungkin ianya datang dari diri sendiri dan ada juga yang datang dari sekeliling kita. Jadi, terpulang kepada diri sendiri bagaimana untuk mengawalnya. Jangan terlalu emosional dan jangan mudah tertekan. Segala masalah pasti ada penyelesaian. Yang penting kita bijak mengurus permasalahan tu. Okay!!

Comments

  1. rilekss beb.. arini kan jumaat.. ko jgn risau.. jagi rm10ribu pun takkan pernah cukup...

    ReplyDelete
  2. relax. =)

    ade org ngumpat kat sini.
    http://mayandhanis.blogspot.com/2012/01/11-soalan-mama-nak-kene-jawab.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts