Ulu Dong, Raub Pahang...

Hujung minggu lepas aku dgn kawan-kawan BBQ di Ulu Dong, Pahang. Planning percutian bajet kali ni agak tergesa-gesa. Sebabnya, tetiba datang idea mau follow budak opis pulang ke kampung beliau. Padahal, sebenarnya plan tu adalah nak pegi BBQ dekat PD saje..Ok.!  Oleh sebab beliau tak dapat nak pegi PD (ada curse kat sana katanya, jadi dia tak boleh jejak.~) Rasa macam tak seronok pulak, bila dia sorang tak ada... Yang lain semua dah ok.! Jadi plan berubah.. Rayuan demi rayuan dibuat untuk mendapat kebenaran berjimba di kampung beliau, akhirnya beliau bersetuju dengan cadangan kami.! Yippie.. Raub, Pahang adalah pilihan untuk kami semua berjimba..! Ulu Dong, here we come..!!

21 Julai 2011- A day before ...
Petang, aku dengan k.nOr juga awek lantun pergi beli apa yang patut untuk makan minum kami dekat sana. Bajet makan minum adalah RM10 seorang. Bajet kan? Actually, harini tiba-tiba ada yang kata tak jadi pegi dan ada juga yang masih lagi belum bagi kata putus..hmm..

22 Julai 2011
Hari yang dinanti ... Jangan buat pasal kawan-kawan uitt.. Barang-barang dah beli nih... Kalo sorang dua je yang tak konfirm tak pe.... Tapi mujur, 7 orang konfirm.. Better than nothing.  Tak pe, sbb planning pun tergesa-gesa..Apa pun malam ni bermula perjalanan ke Raub.! Yippie..  

Tepat jam 5 petang ,aku, k.nOr n Ane dah bersedia nak balik.! Macam-macam yang perlu dibereskan.. Dengan ayam BBQ belum perap, baju yang belum pack, nasi tak bergoreng.. Arghh..! Kiteorg cabut, sharp!

Perjanjian gerak kul 6 tertangguh hingga kul 9 malam.. (janji melayu...). Seperti yang dijanjikan, kami berkumpul dekat petronas sambil isi minyak. Tiba-tiba, omg...!!! Semua ada upenyew... Yang tak jadik pegi, yang tak sure , yang nak ostesen, semua ada.! Kawan-kawan, korang memang terbaik wokk..!!! 

Perjalanan untuk sampai ke Kg. Ulu Dong, tempat penginapan kitorang, makan masa 3 jam. Kalau korang masih ingat, tempat ni pernah menjadi bualan ramai, juga tempat yang rare satu waktu dulu. Ingat tak kes MONA FENDY **artis pujaan Kema satu waktu dulu...haha~ : pembunuhan Datuk Mazlan Idris, ADUN Batu Talam tahun 1993 dulu? Yang kene kerat 18 ke berapa tah.. Kendian di tanam dalam simen belakang rumah tu?. Haa...dekat sini lah tempat yang akan kami bercuti.! 

Dalam kul 12 tengah malam kami sampai ke tempat yang dituju. Alhamdulillah selamat, meskipun hujan renyai mengiringi perjalanan kami waktu tu.! Juga teringat kisah pembunuhan kejam tu kan.. haha~ series rare!

12.00am...
Sampai kat sana, kitorang diberi 2 pilihan tempat penginapan. Sama ada di rumah lama Mona Fendy atau di chalet yang berharga RM60 - RM80 per malam.. ! Wahaaa...tipu je ..! Ok~ Sebenarnya kitorang diberi dua pilihan chalet. Sama ada chalet kecil yang berharga RM60/mlm atau yang agak besar sikit RM80/mlm. Nice kan harga dia. Murah la ikut percutian bajet kami. Bilik yang kami pilih adalah bilik yang agak besar tu. Bukan apa, takkan le nak bagi budak2 tu tido double layer kan... Haha.. **nanges bob. Pada asalnya, aku espek, spek rumah tu seakan-akan rumah atap rumbia yang berbentuk petak dan toilet adalah di luar. Ishh..jangkaan aku meleset 110%, sebab chalet ni memang cun da.! 

Siap kemas barang pakaian bawa ke dalam bilik, kitorang siap sedia dengan aktiviti utama. Bentang tikar ..~ Malam ni juga kitorang buat BBQ.! Rezakkkk...~ Hujan masih lagi mengiringi malam BBQ kitorang... Sejuk .. Nyaman~

Aktiviti pertama berjalan dengan lancar, selancar mulut juga tangan kami.. Berborak, berlawak mcm-mcm..! Sambil makan sambil bercerita itu ini..  Yang tak rajin bertegur dah mula bergurau... Yang serasi makin serasi.! Tercapai juga objektif dan matlamat percutian kami. Mengeratkan silaturrahim..**konon~  Dekat lebih kul 3:00 pagi juga baru kitorang masuk tido. 

23 Julai 2011
Hari untuk kami pulang..! Sekejap je kan? Yelah, masing-masing ada tanggungjawab masing-masing kepada negara.! Kul 830 pagi kiteorang dah bangun.. Siapkan sarapan pagi untuk kawan-kawan lain. Agak dah, diorang ni sure lewat punya bangun. Sarapan pagi tu yang ada cuma roti, roti dan roti.. (baki ayam BBQ pun masih ada sikit..) Hmmm... Bedal je la kan..~ Sejam kendian yang lain bangun. Dan...mula pulak aktiviti kedua, terjunan dan aksi lompatan berputar dalam air yang sejuk gila.! (hujan kan semalam..) Memang diorang ni gila tengok air sungai.! Gian agaknya..! Dalam pada dok mandi, sambil snap gambar, ada pulak yang tercedera... Dok beria melompat, tetiba terlompat kat batu. Ha!! Amek... Bengkak kaki.. Buat hal betul. Dari kul 10 pagi lepas sarapan mee yang di sponser oleh mak beliau. (mekasih, macam tau2 je kitorang tak cukup dengan roti tu je...) sampai ke pukul 2 baru naik dari sungai. Yang tercedera pun tak sedar diri, masih lagi berendam dalam air.  Naik tetap naik, sebab dah janji yang kitorang akan singgah makan tengahari dekat rumah mak beliau.! Siap berkemas, aktiviti seterusnya bermula. Jauh juga perjalanan dari chalet tu ke rumah beliau.! 


330pm...
Dekat kul 4 juga la kitorang makan tengahari. Tapi layan..masakan kampung kan...siap dengan ulam petai. Perghh..~
Lepas berborak dengan, mak, adik juga atuk beliau yang agak kurang sehat, kitorang minta izin untuk pulang. Takut jem pulak nanti. Dalam duk salam untuk balik, aku tersentuh hati ngn sikap dua orang opismate aku ni... Salam diorang berserta dengan buahtangan..! Respek ngn sikap diorang. Meskipun diorang ni agak sengal-sengal ubi. Tapi, sikap hormat orang tua, pemurah, baik hati tertera masa tu.. Tabik springggg untuk korang 2.! Serius... 

Dekat kul 6 kitorang bertolak... Dalam perjalanan balik, kitorang singgah dekat bus stand lama Raub... Ini adalah aktiviti terakhir kami di Raub.. Makan duyan!!!!!! Hasil dari duit baki collection sorang 10hengget tu.. Yippieeeeee.....~


Penat memang penat ... 
Keluar tol Gombak dekat jam 9.45 mlm.. Waktu tu tengah berlangsung perlawanan bola antara M'sia n S'pore.! Kami amik keputusan singgah jap dekat NZ, W.Maju.. ! Sempat lagi tengok Malaysia kene belasah 5-3! Oleh kerana kecewa dengan kekalahan dan untuk mengubat kecederaan kaki yang bengkak, kitorang sebulat suara bersetuju untuk berkaroke di Wangsa Walk sebelum balik ke Putrajaya.. !.~ 

__________
legNote : Hmm...so, next trip pegi mana pulak?? Tungguuuu yep! 

Comments

Popular Posts