Salam Jumaat # Kembali Bertamu ...

Salam,

Alhamdulillah sekali lagi kita diberi kesempatan untuk bertemu dengan Jumaat ... (padahal menanti tuk cuti besok... apa-apa saje lo..).
Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dari Salman r.a. bahawa Rasulullah SAW berkhutbah di hari terakhir bulan Syaaban dengan maksudnya: "Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan yang agung, bulan yang penuh keberkatan; iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasanya suatu kefarduan dan qiyam di malam harinya suatu galakkan.

"Barang siapa mendekatkan diri kepada Allah dengan ibadah sunat, samalah seperti orang yang menunaikan suatu fardu di bulan yang lain. Barang siapa menunaikan suatu fardu di dalam bulan Ramadan, samalah seperti mengerjakan tujuh puluh fardu di bulan yang lain.

"Ramadan itu adalah bulan sabar sedangkan sabar itu ganjarannya syurga. Ramadan itu adalah bulan kemurahan dan bulan Allah menambah rezeki kepada orang Mukmin.

"Barang siapa memberi makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, akan beroleh pengampunan daripada dosa dan pembebasan daripada api neraka. Dan ia akan mendapat pahala seperti mana orang yang berpuasa itu tanpa berkurang sedikit pun".

Kesemua ganjaran ini tidak akan datang bergolek tanpa usaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Begitu pula ia tidak semudah menuturkan kata-kata. Ia perlukan pengorbanan dan semangat jihad yang tinggi kerana ganjaran syurga sebagai balasannya juga sesuatu yang tidak ternilai.
Oleh itu, kawan-kawan ... Sudilah kiranya menjemputku untuk berbuka puasa bersama-sama... Sesungguhnya ganjarannya amatlah besar sekali... 

Comments

  1. ehem2..nak ajak berbuka bersama ni..

    sudikan diri dtg ke ipoh =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts