Thursday, October 13, 2011

Klip 3GP ? Ganas Gerun dan Ghairah.. What the...

Salam...

Tadi tak silap aku ada 360 kan? Yang episod dia tadi tu pasal v.c lucah sumthing like that? Betul kew? Kalau aku tak silap lah... Bz sket td layan tetamu bos kat umah ( lah, konon..padahal..) Aihhh...naik lemak plak buat mcm rumah sendiri. Emang dasar .

By the way, tadi ada parti buih yang dianjurkan oleh bakal menjadi x-bos hujung minggu nih.... Adoi la... Dari aku masuk dulu sampai la nih, tak pernahnye kekal bos aku.! Beliau dah dapat kerja lain. . . Emosi lak aku kejap.!

Baiklah, aku bukan nak cite pasal bos tu... Yang tu next-next lah yep? Ni pasal Filem yang baru nak kuar besok nih... Klip 3gp. Korang ada dengar? Ada? Ada? Nipu la kalo tak tau... Bab yang macam ni bukan korang memang suke ke? Espeseli kat golongan yang bergelar jejaka kan? Harus la fullbook MBOX, GSC tak pun TGV besok ...

Tak caye?
Ko tempah tiket on9 besok... try..


Kalo ada tayang kat Coliseum Theatre pon korang sanggup bersesak ye tak..demi untuk menonton lakonan Mimi (ONE) ni... toi dak? Rare siut dia belakon dalam ini filem. Haruslah budak-budak bawah umur macam aku ni di larang sama sekali untuk menonton, kan.


Tak mo komen banyak... Cuma, apa konsep filem 3gp ni ha? Aku tak berapa nak paham. Adakah ia akan menjadi iktibar buat kita semua yang dok sebuk ssangat dengan gedjet2 terbaru dan canggih ni sampai boleh membawa kemudaratan pada modal insan akan datang? Tak tercapai akal aku dibuatnye.. Dari aku tengok Klip 3gp ni baik aku tgk ni..!



Kelas ko Kak Yong..hihihi~


Sinopsis Klip 3GP
EDDIE pada usia sekitar 20-an sudah menikmati kejayaan menerusi perniagaannya di Internet. Dia memiliki hampir semuanya – kacak, mewah dan ramai teman wanita. Namun tanpa disedari sesiapa, Eddie sebenarnya meraih keuntungan daripada perniagaan membeli dan menjual klip pornografi dan sensasi di Internet. Maya Akhtar pula seorang eksekutif yang komited terhadap kerjayanya. Malangnya, dia menjadi mangsa ugutan teman lelakinya, Sunny yang memiliki rakaman video hubungan intim mereka.Lebih mengejutkan lagi, perbuatan Sunny ini disokong isterinya sendiri Rita kerana inilah cara mereka mengaut untung. Dengan memperdayakan wanita untuk tidur dengan Sunny dan memeras ugut, mereka mampu kaya.
Suria, Mina dan Zakiah pula tiga gadis remaja yang dalam perjalanan untuk mencari hiburan pada hujung minggu di ibu kota. Tanpa disangka, malam itu berubah menjadi suatu peristiwa yang menyeramkan apabila mendapati diri mereka diburu sesuatu yang mengerikan.  Sementara itu, Sandra pelajar sekolah yang menjadi mangsa deraan seksual Jefri.Lebih dari itu, Sandra dirogol beramai-ramai oleh satu geng motosikal yang dianggotai Jefri termasuk abang kandung Sandra sendiri, Burn. Babak perkosaan mereka itu turut dirakamkan geng ganas itu melalui kamera telefon bimbit Jefri. Apakah yang terjadi seterusnya kepada mangsa dalam filem ini? Jawapannya ada di pawagam mulai 13 Oktober ini. Sumber Mymetro.

5 comments: