expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, January 14, 2013

Travelog Sarawak : Selamat Tinggal !!

Sebelum aku terlupa kisah percutian aku kat Sarawak baik aku sambung kisahnya. kan...

Jumaat aku sampai, Sabtu majlis nikah...Ahad majlis sanding, Isnin shopping time..dan

Lastday di Sarawak..

Hari ni merupakan hari krismas juga majlis berlangsung di sebelah pihak lelaki. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Pada hari ni juga aku jadi mak andam untuk kak nor... Memang bidan terjun. Sebabnya majlis untuk hari ni memang tak di provide mak andam.

Nak tak nak, habis muka kak nor kami conteng-conteng, bega sana sini, adjust kasi gelap, terang, padam, conteng semula.... Maklumlah, bukan pro kan... Setakat mekup ala-ala nak pg keje tu kami mampu la. Barang-barang mek-up pun alakadar je. So hasilnya pun so-so je lah. 

Majlis belah lelaki berlangsung di Kampung Jaya Ria. Boleh tahan juga perjalanan nak ke kampung Pak Lah tu. On the way perjalanan, sempat juga kak nor tunjukkan jalan ke arah kampung Melayu.  Kampung salah seorang member kat opis ni. Perjalanan nak ke rumah pengantin lelaki aku rasa makan masa sekitar 20 minit juga rasanya dari Kota Samarahan.

Selesai majlis, kami balik ke Kota Samarahan bersama dengan akak Kak Nor, Kak Ina dan abang kak nor .. Sebelum balik, sempat juga kami orang request kat abang kak nor, minta bawakkan kami shopping buah - buahan sekejap. Dan dia pun tak keberatan bawa kami ke satu tempat yang katanya memang agak fames juga tempat tu kat situ kalau niatnya nak mencari buah. Anie sempat beli sebiji nenas. Katanya manis nenas Sarawak ni. Aku bukanlah peminat buah nenas, jadi aku sekadar tengok je lah...

Dalam perjalanan balik tu, aku ternampak satu kedai yang sangat unik namanya.

'Keddei Kuppi' Mulanya macam tak faham. nama apakah??

Tapi bila disebut secara laju dan jelas ia sebenarnya adalah Kedai Kopi.... heee...~

Uniknya Sarawak.!






6 comments:

  1. dan makanya... berakhirlah percutian di Sarawak buat kali ini...bila nak pegi lagi? ^_^

    ReplyDelete
  2. Dh nak blk? Huhuhu.....sekejap jerr kan.....hmmm....mana buah tgn utk rietta? Ekekeke...gurau jerr....

    ReplyDelete
  3. sy x pernah sampai lagi sarawak.. teringin jug nak pergi

    ReplyDelete
  4. salam cik muda
    Peeeeeeeeeeeeewitttttt......
    Pekabr cik muda?
    Alhamdulillah selamat sampai,
    Happy blogging cik muda.
    Senyum selalu tau..

    ReplyDelete