expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, January 16, 2013

Samsung S3 katanye....

Ateee....

Baru semalam, aku berbelanja online. Fenomen kot sekarang ni. Beli apa saja semua dalam internet. Cepat dan mudah katanya.Tak perlu nak cari parking untuk park kereta. Tak perlu berebut-rebut pilih barang yang diperlukan.  Tak perlu beratur tunggu turn nak bayar. Semua tu tak perlu. Ada pun cuma perlu bayar lebih sedikit kot nak dibandingkan dengan harga pasaran biasa. Hmm...tu bukan masalah pada kita ye tak?? Huhu..Asalkan hati dah berkenan. Sobat sajooo...!!

Haih.... Semenjak dua ni, penyakit berbelanja aku ni semakin membuak-buak. Apa sudah jadi?? 
Ini bukan kes berbelanja mahal. Tapi berbelanja keterlaluan. Tak sama eh?? Hmm.. Tak sama-tak sama...!!! No no no..  

Pemahaman aku tentang berbelanja dikategorikan kepada dua (2) version yep.!

Pertama :
Berbelanja Mahal... Di mana aku berbelanja pada barangan yang harganya boleh mencecah ratusan ringgit padahal ada barangan yang sama tapi harganya jauh lebih rendah dari harga tersebut.  Contoh aku bagi sekali. Katakan aku berbelanja pada harga RM450 untuk seutas handbag. Sedangkan aku boleh dapatkan beg yang seakan sama dan kualiti yang tak kurang hebat dengan harga cuma RM250. Erkk...RM250 tu pun dah agak mahal pada aku.... 

Kedua :
Berbelanja keterlaluan...Di mana aku telah berbelanja kepada perkara yang melebihi had sepatutnya. Contoh juga.... Katakan aku dah pun berbelanja barangan yang aku perlukan, kemudian hati ni teruja melihat barangan online yang dicanang-canang dalam fesbuk dan blogshop-blogshop.
Aku pun dengan cemerlang membelanjakan wang kepada perkara-perkara yang melagho'kan itu... Haaa.... Sedangkan tak perlu kot barangan tu.

Situasi aku sekarang ni adalah di kategori kedua (2) itu....

Credit to Google + Shahrienaz Ghazali
Permasalahan ni ada aku ajukan pada yang berkenaan, Tetapi...harammm........ Tidak dilayan.... Di perli semahunya ada...


Dan sekarang ni kau tau.... Aku rasa macam nak beli Samsung S3 pulak. Menggunakan rebate yang sedia ada tu. Tapi.........ongkosnya tak memenuhi kehendak. Aduii..! Nak minta advance, kene tiaw je pulak kang...haha~

So macam mana nak selesaikan permasalahan ni?

Ada petua lain tak selain petua yang dekat sebelah ni?? 

Kihkihkih >___<v

7 comments:

  1. alamak...stement sebelah tu menakutkan..huhu

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum awak. berbelanja kena tengok poket gak.macam sheila, beli barang sama patern dengan yang mahal, tapi dengan harga lebih rendah. hee sheila selalu ikut mak shopping. mak tahu semua tempat yg murah2. terbaik!

    ReplyDelete
  3. pening juga nak berbelanja ni kan... kekadang hidung aku ni termasin juga

    ReplyDelete
  4. hihi, jom2 s3..tp okke? yui tak mahir bab gadget2.haha

    ReplyDelete
  5. petua: kalau tak nak belanja banyak, sila bagi duit dekat mak ayah atau rumah anak yatim...

    ReplyDelete
  6. ade2.. kurangkan pakai kain.. eh2.. hehe jangan2 jangan ikut, pakai yg menutup aurat ye hihi :D
    salamat sopinkkk ^^

    ReplyDelete
  7. penyelesaiannya..

    takyah la beli s3..haha

    ReplyDelete