Menentang Perjodohan

Aku tak pernah menganggap 'jodoh' tu adalah satu beban. Atau merasa takut untuk berhadapan dengannya....

Semenjak dua ni, perkataan 'jodoh' sering menjamah cuping telinga aku. Ahhh....

Bukan aku tak suka atau aku rimas. Cuma aku sendiri tak ada jawapan untuk persoalan tu. Tak tau ke mana hala jawapan yang hendak aku beri bila persoalan ni timbul. Perlu ke aku jawab, 

"Tanyalah DIA, hanya DIA yang tau rahsia tu..."

Macam tu? Agar semuanya faham dan tak bertanya lagi...

Yang pasti ni semua adalah ujian dari dia. Ya, tu aku yakin dengan sebenar-benarnya. Mungkin apa yang aku ada sekarang tak mungkin akan aku nikmati seandainya Allah datangkan dahulu jodoh pada aku. Seandainya aku berjodohan awal, apakah kemungkinan kebahagiaan adalah milik aku selamanya?? Mungkin juga aku akan merasai pahitnya keruntuhan rumah tangga seandainya jodoh tu hadir pada usia aku yang muda... Bukan aku saja yang mengalami perkara ni, kau, kau, dan kau juga... Kita semua dalam teka teki, apakah kesudahan kita nanti. Setiap orang Allah dah tentukan haluannya.. 

Jadi, tak perlu lah dipertikaikan bila jodoh akan tiba... Mungkin ada yang bernasib baik kerana cepat dipertemukan dengan jodohnya, lalu hidup bahagia..... Mungkin ada juga yang kurang bernasib baik, tapi Allah telah janjikan nikmat lain untuknya malah lebih baik dari apa yang dimiliki oleh orang yang bernasib baik.

Lebih baik bergembira, dan teruskan hidup dengan tenang. Lupakan segala yang menyerabuti minda, agar setiap kerja rutin yang dilakukan teratur...!!

Di samping itu, jangan lupa berusaha dan terus berusaha, doa jangan sesekali dilupakan. Kerana kerja Allah sangat cantik dan tak pernah tercapai oleh akal kita....!


Tak pernah aku menentang. Cuma ia masih belum tiba pada aku.... 
Jadi jangan bertanya pada aku atau takdir. Ini adalah lumrah hidup.... 
Aku tak mampu nak menjawab bila masanya untuk aku. Yang pasti hanya DIA yang tahu rahsia itu...



**pssst....hahah..boleh tak nak motivate diri sendiri...hihihi~ Penat lah nak jawab soal jodoh ni. Kalo ada nanti sure aku perkenalkan... Sila jangan bimbang yep!!!


Comments

  1. Tapi... Malam ni bukan malam jumaat babe...

    ReplyDelete
  2. ala... kan jodoh tu kerja Allah... tapi... kita kena berusaha gak... huhu... mungkin betul komen ni... mungkin jugak salah...

    ReplyDelete
  3. saya pun macam tu awak..haha.. kadang2 naik bernanah telinga..tapi sabar je la.. takpe.. perancanganNya tetap saya yakin.. dan saya redha menanti.. biarlah lama mana pun. sekarang ni saya cuma follow the flow je. nothing to worry :)

    ReplyDelete
  4. @Tukang Karut
    ye, berusaha tu yang kene. Sedangkan di zaman dulu, Siti Maryam pun berusaha menggoncangkan pohon kurma untuk mendapatkan makanan....sedangkan kalau dengan izinNya Allah boleh je gugurkan buah kurma tu untuk Siti maryam dan Nabi Ismail... Tu la Allah nakkan kita berusaha untuk dapatkan apa yang kita nak...

    ReplyDelete
  5. @boni kacak hai, boni yang kacak pun belum ada special ke.....? hee~

    ReplyDelete
  6. jom kite cari sesama..

    manatau boleh jadi madu yg harmoni..

    eh..? hahaha..

    cop jadi yg pertama..

    ReplyDelete
  7. @missSenget
    waaa harmoninya kalau sebumbung ngn ko ye nget..hihhihihi~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts