Monday, December 10, 2012

Rambutan Gula Batu

EDISI : Entry Menyampah Nak Baca... kehkeh >__<!

Pokok rambutan depan rumah kampung sebelum kene tebang.

"Selain sedap dimakan, rambutan juga memiliki sejumlah khasiat bagi kesehatan. Berbagai referensi menyebutkan, khasiat rambutan yang baik untuk kesehatan tidak lepas dari kandungan kimia di dalamnya. Sebab buah rambutan mengandung senyawatannin. Sedangkan bijinya mengandungpolifenol yang cukup tinggi. Komposisi zat kimia di dalam biji ini boleh menghasilkan khasiat hipoglikemik untuk menurunkan kadar gula darah. Sedangkan kulit buahnya mengandung saponin.
Sejumlah pakar tanaman obat juga meyakini isi buah rambutan mengandung zat yang cukup lengkap. Mulai dari karbohidrat, protein, lemak, fosfor, besi, kalsium, sampai vitamin C. Sejumlah penyakit boleh diobati dengan buah rambutan." ~SUMBER
Jangan tak tau rambutan banyak khasiatnya. Ia boleh mengubati beberapa jenis penyakit . Antaranya :

  • Kencing manis
  • Demam
  • Kurangkan Uban
  • Ulser


Ok... Aku bukan nak cerita pasal kelebihan buah rambutan sangat pun. Aku cuma nak kongsi cerita minggu lepas. Waktu aku pulang ke kampung. 

Minggu lepas sekali lagi hujung minggu aku dihabiskan dengan mengisi masa dekat kampung. Bestnya bila balik kampung secara berjemaah. Kali ni, yang tak ada adalah family Kak Nor. Yang lain semua ada meskipun ada yang balik lewat, tengah malam baru sampai. Bukan sebab apa. Diorang pegi layan bola dekat Stadium dulu baru gerak balik kampung. 

Modus operandi kitorang balik kampung kali ni ialah menebang dan mengutip buah-buah rambutan yang dah masak ranum atas pokok... 

Sekarang kan musim buah-buahan. Sana sini aku tengok orang duk menjaja buah-buahan tempatan. Especially buah durian. Dekat mana-mana je aku rasa sekarang ni. Dah tak macam awal dulu. Susah nak dapat dan little bit mahal. Masakan tak, kalau 3 biji harganya mencecah 150.00. MYR okeh..!! Ini cerita benar si Kema punya orang ofis, katanya... 

Tapi sekarang tengah musim, harga mula turun. Sebab dah semakin banyak orang menjual.

Tak perlu susah payah nak cari. Kene tipu dengan tidak je beli durian ni... Syukur alhamdulillah aku tak perlu nak beli bagai buah durian tu sebab, tahun ni tahun pertama pokok durian yang mak aku tanam dulu berbuah.... Yeyy!!

Eh, ceritanya pasal durian tapi gambarnya banyak si rambutan, kan...~

Heww....

Bukan apa, ni antara gambar yang aku sempat ambil masa sepupu aku kekahkan pokok rambutan tu sampai togel. Pak uda siap bawak tali yang macam orang pegi panjat gunung tu...Katanya senang sikit dan safety bila panjat...

Dalam pada duk berehat lepas tebang dahan-dahan rambutan tu, sempat lagi DekYa dengan Ayu try panjat pokok tu guna tali tu. Nak bergayut juga budak-budak tu... Acik pun tak kurang juga nak mencuba... 

Dekya yang tengah setelkan rambutan masuk dalam mulut dia terus..hehehe~

Aku ??? Nan adonyo....

Sure tak naik.~ Susah gila tu nak push badan supaya naik ke atas guna tali tu. Yang Dekya pun tak boleh inikan aku yang lagi...ehemmmm dari dia ni..hihiihi~

5 comments:

  1. salam cik muda
    Tak penah ta menyampah nak bca entry dari cik muda.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak2 cik muda brani tak panjat pokok rambutan.?

      Delete
  2. makan rambutan fresh sanagt sedap kan kan...

    ReplyDelete