Maintanance dah macam Neelofa

Dekat lebih sebulan aku terlepas due date untuk pegi servis si comel tu ... Semalam baru berkesempatan pergi beli peralatan yang diperlukan untuk fully service.  Ohh ..aku sebenarnya bukan mahir sangat bab-bab penjagaan kereta ni. Kadang tu, nak cuci kereta pun malas. Haa... bayangkan lah. Dua hari lepas, baru aku pergi hantar dia grooming. Itu pun dah dekat sebulan lebih badan dia terpalit dengan noda-noda jalan raya ni...

Nasib lah baik ada seorang member yang boleh dikatakan expert bab-bab penjagaan dan service kereta. 

Senang sikit. Boleh lah bajet. Tak de lah kena kencing bila hantar servis. Kadang tu, Papppp!!! Hamik, kaw-kaw dia caras. Al maklum, wanita ni kan selalu ditindas bila berkaitan hal-hal peng'kereta'an ni.  Especially kereta yang ko kene tengok minyak hitam, air beteri tu semua. Kan? Lecehnya.

Cuba kalo bab bersopping ...Memang kena lah dengan situasi... Tak perlu tanya. Just hulur, sure orang perempuan boleh manage the money. Hehe... Tapi kalau bagi part kereta, menangis .... Walaupun macam tu, tak semua golongan lemah ni tak tau tentang penjagaan kereta. No no no.. Macam member aku sorang ni, kebolehan yang dia ada tu adalah dari pengalaman dia bekerja dekat pusat servis perodua dulu. Untung lah ... Susah nak cari orang perempuan yang tau hal ehwal kereta. 

Jadi, nak jadi cerita semalam aku hantar si comel ni servis. Sebelum tu, aku singgah beli barang yang perlu digunakan untuk menservis nanti. Kata member aku tu, kalau beli barang dekat luar lagi murah banding guna barang pusat servis tu. Cuma perlu bayar upah perkhidmatan diorang saja. Secara keseluruhan bila dah tambah tolak campur darab, kesemua  perbelanjaan adalah RM7++. Pfffttt....!!!!!!

Gila mahal kan?

Tertipu lagi ke?

Bukan...Bukan...

Ni yang aku nak cerita, pada asalnya harganya memang dah kena dengan bajet aku. Tapi malangnya aku ni kan seorang wanita, perempuan yang mudah terpedaya. Macam pegi shopping-shopping  tu. Terpedaya bila melihat spotrim yang beranika size dan corak.Dan aku sambar satu kali. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai masam ketiak katanya.... Tokey ni pun nak kaut untung, dia offer pulak harga begitu lah rendah nye. Lebih kurang RM4++. **Ehh kawan-kawan lelaki, rim rege macam tu kira murah ke? 

Last, duit gaji habis ke kereta. Alamat tunggu bulan depan la punya gaji untuk grooming sendiri kan?



**Pssttt......Besok nak bertolak ke Sarawak. Pakai duit lagi. Hmmm...ni lah orang kata, time senang tak beringat. Merasa lah aku kering tak sampai hujung bulan...

Comments

  1. Wahaha.. x pasal2 nama Neelofa naikk.. hih3.. mana tau maintainance neelofa tinggi? he3

    ReplyDelete
  2. klu pompuan g serbis,mcm tu la..bawak la cik abg..sebab mcm cik abg ni tau serbe ckit hrga pasaran spare part kan..

    ReplyDelete
  3. alaa..

    diri sndiri x grooming, cantik dah..!
    hihi..

    ReplyDelete
  4. Jom join End Year GA sy..

    http://princess1405.blogspot.com/2012/12/end-year-giveaway-by-princess1405.html

    ReplyDelete
  5. akak pun tak penah amik tau pasal keta..hehe

    ReplyDelete
  6. mak aih.hahaha..takpelah.. yang penting si comel tu tak ada masalah lagi lepas ni.. rasanya rm400++ tu ok kot..hehehe

    ReplyDelete
  7. xpe xpe....enjoy fly to sarawak...release tension....

    ReplyDelete
  8. wahhh.. mesti makin somel so comel awak tu.. babai kem salam org sarawak ya:)

    ReplyDelete
  9. Normal la price tu.. Aku pun baru je berhabis kt kereta.. Demm

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts