Travelog Sarawak : Serikin journey
2nd day...
Kami terlewat sikit bangun. Janji nak bergerak dari Kota Samarahan ke Serikin jam 6 pagi, tapi kerana tak biasa dengan keadaan waktu yang berbeza dari Semenanjung, kami terlewat keluar. Jam 7 pagi baru keluar dari rumah. So, terpaksalah kami rush sikit membeli-belah sebab petang akan ada majlis nikah Kak Nor.
Serikin...(Bukan Sarikei okey...) merupakan pasar yang quite famous di Sarawak ni selain pasar Satok. Naik kereta kena lalu jalan kampung, dan jalannya boleh dikata mencabar jugak. (ala-ala perjalanan ke Kundasang je feeling) Haaa...lubang sana sini. Location pasar Serikin ni letaknya di antara Sarawak dan sempadan Kalimantan. Dari bandar Kuching aku anggarkan lebih kurang 80km kot (ikut masa perjalanan) aku agak-agak la...
Dekat pasar Serikin ni, macam macam ada. Paling fames tikar yang aku beli ni... Haha..! Wa cakap lu, aku yang pegi pasar Serikin beli tikar ni dengan harga tak sampai RM20. Tapi bila jual dekat Semenanjung, MasyaAllah dia punya markup, boleh cecah RM35 satu. Hee...mana tak, tiket nak fly ke Sarawak berapa pulak $$$ nye ye tak??
Sorry, under construction...hehe! |
Ani: Tanda kenangan yang kitew pernah jejak kaki di Pasar Serikin, katanyewww..... |
Selain tikar, ada barangan lain yang aku beli. Antaranya pelapik meja untuk my colleague, hiasan dinding ayat suci Al-Quran-Yassin, Kain batik Sarawak untuk my Mak Incik sebagai kenangan for the last kite kerja satu unit... Citt....! huhu~ Bangle for me. Luv the carving! Ukiran corak Sarawak memang sangat unik. Different from the others, kite boleh bezakan ye tak. Hmm hmmm...selain tu, ohh! Aku ada beli bags for my luvly housemate. Hopefully she love it! Haa..part yang dia pny ni memang pening aku nak cari. Abenda la yang aku nak bagi? Sebagai cenderahati dari sini. Bagi kain batik, bukan dia pakai pon kan?? Aku juga yang macam mak cik esah kat rumah tu berkain batik ngn t-shirt. Seb baik tak pakai kurung kedah. Klu tak, sikit macam orang gaji dah. Ehhh...macam la dia tak pernah datang sini kan?? Hee~
Panas woooo!!! Even time ni adalah pukul 11 pagi. Matahari dia macam kul 12... |
Siap bershopping lebih kurang jam 12 juga. Kami terus shoot balik ke Kota Samarahan untuk prepare majlis nikah Kak Nor petang ni.! Haiiiiyyyaaaa~ Cepatt....!!!
Majlis pernikahan berlangsung pada sebelah petang. Lebih kurang jam 3 petang. Dengan sekali lafaz, Kak Nor sudah pun menjadi isteri kepada Abdullah Ahmad a.k.a Pak Lah. Waktu ni, aku perasan air mata Kak Nor semacam nak terbit tapi di tahan. Tanda kesyukuran. Alhamdulillah! Semuanya berjalan seperti yang dirancang.
Ok, next.................
Assalamualaikum. bestnya! pergi Sarawak. makan angin eh?
ReplyDeleteciter2 cenggini...cam teringin bangat nak turun ke Sarawak...
ReplyDeleteUntuk aku xde ker
ReplyDeleteikut jalan jauh tu... ada shortcut yang dalam masa 1 jam je...
ReplyDelete