expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, December 27, 2012

Travelog Sarawak : Arriving

Ada beberapa gambar yang aku ambil masa majlis resepsi Kak Nor kat Sarawak haritu. Tapi masih belum transfer dari camera.

Penyakit malas makin menjalar dalam adrenalin aku ni. 

Aku....PEMALAS.

Camana pun aku tak nak menghampakan diaorang yang tanya-tanya camana, best tak pegi sarawak? Mana gambar sarawak? Pegi mana kat Sarawak? Beli apa kat Sarawak.. Sampai terlupa nak tanya aku, 'ko sehat ke tak balik ni?' Haha..tak perlu pun.

Of kos la best kalau dah holiday namanya kan? Dekat sana aku menginap di homestay ini ..--> Samarahan Homestay . Percutian 5 hari 4 malam. Dapat kereta kancil sebiji untuk kemudahan ke luar berjalan selama aku di sana. 

Hari pertama sampai aku dengan kawan-kawan dah planning nak ke bandar Kuching. Maklum lah, trip aku kali ni bukan nak berholiday saja, tapi ada tujuan lain juga kan.

Jadi, masa tu pun sangat pack untuk kami. So, alang-alang flight kami pagi, sampai Sarawak terus kami  keluar berjalan. Malangnya untuk ke Kuching tak kesampaian, sebab.....

Day 1st,
Sampai dari KIA, Kak Nor ajak kami orang teman dia shoot gambar pre-wedding dekat tepi pantai. Sambil-sambil diorang shoot, kami orang melepak tepi pantai sambil makan-makan.. Dalam pada kami melepak dan berborak datang seorang pakcik ni. Mungkin dia ingat kami antara pelajar Unimas atau UITM kot. Soalan dia memang buat aku terkejut tak tau nak jawab apa. Dia tanya,  'minggu lepas ada cerita pasal orang kene gigit dengan buaya dekat pantai ni. Betul ke?' Ahhh..... aku cuma mampu jawab yang aku baru sampai dari Putrajaya bercuti kat sini..


Eh..tak menjawab soalan. Harap-harap dia faham. Haha~

Tapi betul ke ada orang kene gigit dengan buaya? Dasyat... Balik dari pantai aku tanya soalan yang sama pada Kak Nor. Dan jawapannya memang ada. Minggu lepas. Hewww..... sangat ngeri. !! 

Petang tu sebelum balik sempat juga kak nor bawa pergi tempat Rainforest yang kitorang tak dapat pegi dulu. =,=!


Belakang tu, kak nor cakap tu lah Gunung Santubong. 




**pssst.... Jom makan. Lapar lah.!

6 comments:

  1. tepi pantai ada buaya?? takutnya ...

    ReplyDelete
  2. lagi2 cerita...menariks nih...x pernah jejak lagi ke Sarawak... nak juga dapat feel orang berjalan ke Sarawak cam ner? mesti ader gambar lagi kan? ^_^ heee...

    ReplyDelete
  3. Makan mana.. Aku pung lapar sehh..

    ReplyDelete
  4. kawan-kawan semua, tunggu next entry ea... tak sempat nak publish.... kene balik rumah mak nih...huhuhuhu!

    ReplyDelete