6 perkara Allah sembunyikan

Salam Jumaat.!

Masa..... Masa berlalu dengan sangat pantas ya. Sehingga kita tak terasa yang minggu terakhir untuk tahun 2012 telah pun melabuhkan sayapnya... 

Masuk ke minggu hadapan tahun 2013 menyapa. 

Sedar tak sedar, aku semakin menginjak dewasa ...
...dan semakin 'T.U.A' ... Hah..tak perlu rasanya menekan frasa TUA tu.. Sebab aku tetap Cik Muda meskipun umur semakin menginjak ke angka 3-series... 

Apa pun, hidup harus diteruskan hingga ke akhirnya. Dalam melalui hujung 2012 ni apa kata kita berkongsi entry '6 perkara Allah sembunyikan' ni. Mudah-mudahan ianya  terkesan dihati kita semua.... Hee, selamat membaca.!

* * * * * * * 
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Sumber : Facebook



**pssst....Bercinta dengan Yang Maha Esa, PASTI kita takkan kecewa.! Yang aku hilight kan tu sangat-sangat menyentuh hati ni bila baca... :') SubhanaAllah, betapa Allah tu sangat-sangat mencintai kita...dari sebelum kita dilahirkan di bumi ni lagi...

Comments

  1. salam. :)

    beberapa ari je lagi akan masuk tahun 2013....umur bertambah lagi setahun...memang terasa makin tua..:)

    perkongsian yg bermanfaat :D

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak, subhanallah. sesungguhnya sheila meremang bila baca entri ni. thanks for sharing ya. semoga kita mendapat keberkatan dalam perkara yang kita lakukan :)

    ReplyDelete
  3. kejap jer kannnn? dah nak masuk 2013..tapi masih lagi ada perkara2 yang masih belum lagi terlaksana...hu hu hu...

    ReplyDelete
  4. Sangat setuju Cik Muda.... tak akan rugi langsung bercinta dgn Allah!

    ReplyDelete
  5. salam cik muda
    Nice sharing cik muda

    ReplyDelete
  6. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). <-- mendalam maksudnya...

    ReplyDelete
  7. @boni kacak
    bermakna, kte kene kerjakan kelima2 waktu tu dengan kesungguhan n tawaduk. Sbb tak tau yang mana satu yang paling utama....hihihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts