Sunday, May 22, 2011

Review Filem : KONGSI


Habis je tayangan, aku terNGANGA . . . . . . . . 

Tertanya-tanya apa motif Tumulak tu membunuh? Adakah hanya kerana dia terpaksa bekerja seumur hidup dengan Bront dan berdendam pada si pegawai Polis Sharif bin Sharifuddin tu akibat kalah bertinju? Kalau iya, apa motif Bront menyuruh Tumulak membunuh kuncu-kuncu Pak Maliki, Jimmy dan Raju kot (lupa apa nama dia..) yang mana menubuhkan geng kongsi gelap 1 Malaysia dengan motto 'LU LANGSI, LU MATI' pada hemah aku.. Adakah motifnya merancang pembunuhan tu untuk menimbulkan kekacauan di antara kumpulan kongsi gelap 1 Malaysia (yang tak le gengster mana kalau setakat merompak 7-eleven je kan) untuk memudahkan dia menguasai persatuan kongsi gelap Malaysia? Macam tak berbaloi je dia nak huru-harakan geng kongsi gelap tu... Betul ke kesimpulan aku ni? Apa sebenarnya isi yang dia nak sampaikan?

 Kemudian, Tumulak bila dah membunuh, kene kejar dengan polis dan bawak kereta laju-laju, kemudian kene kepung sebab tak dapat lari lalu terjun dalam longkang besar yang pada mulanya aku jangkakan ada air yang deras tapi akhirnya tercacak dalam lumpur yang lembik? Di mana ia adalah pengakhiran cerita...Apa motif? Alangkah senangnya nak tangkap penjenayah dari Thailand ni.! Kredibiliti Sharif bin Sharifuddin ni sbg pegawai polis pun tak le terjejas mana. Juga keluarga dia tak le terancam pun, kalau Tumulak ni setakat mencuri handset, dan bukannya menculik bini atau anak pegawai polis tu..  hmmm...

Satu yang aku tak boleh blah, bila adengan kejar-mengejar antara Tumulak dengan 3 kereta peronda polis. Memang gigih polis tu kejar dan langgar kereta penjenayah. Tapi, ada satu kereta polis yang paling gah, Lancer GT yang memang vasss tu...rasanya sebagai model je ke? Sayang eh nak hentam kasi berkecai..Kereta mahal tuh... Cover la sikit, jgn nampak sangat yang kereta tu semacam tak ada guna atau sayang nak bg eksiden. Tapi, yang waja 2 bijik tu mmg bagi habis di hentam berkecai pulak...hai, macam-macam!

Memang tak dinafikan, movie ni kelakar.. dan tak berat macam sesetengah movie tempatan lain. Meskipun, dia punye trailer semacam vaassss gitu. Cuma pengisian dia macam kosong, aku betul-betul tak puas tengok, ciss..! Macam membazir je RM13 aku tu tengok cerita ni. Baik tengok Pirates Of The Caribbean. 

Sila lah pegi tengok kalo korang rasa ianya berbaloi...huhu..~

So, kawan-kawan, terpulang pada persepsi tontonan kamu macam mana ye..! Pada aku, ianya cuma 2 bintang je kot.. Sori ye, aku bukan pengkritik profesenel..sekadar pandangan aku saja.!

5 comments:

  1. haha...la ye ke??? ingat cam best jek iklan bukan maen ag...mybe citer nie nak wat drama tp budjet tak ckup so wt movie....so byk ptong sana sini...last2 citer tergantung...haharhar.....

    ReplyDelete
  2. hahaha.mujo xp tgk.klau x mesti lenaaa

    ReplyDelete
  3. iejjah : hehe...lagi baik buat drama le..tapi, apa pun jualan tiket dah cecah 7juta jg tak silap kan? hmmm...

    suna husna : ishh...dik, jangan mcm tu...tak de la sampai terlena...cerita ni kelakar... cuma kita tak espek la trailer dia nampak mcm langsi gila, tp bila menonton tak le langsi mana...gengster lawak ada....hihi! yg tak best tu, ending tergantung...kalau tiket dia harga rm6 tu mungkin ok kot....hehe...

    so, sesape yg nk tgk tunggu je lah time tiket dia dah murah....haha~

    ReplyDelete
  4. haha..cerita melayu beli dvd je..heeee :) kalau best xpe..kalau takbest rasa mcm membazir pulak kan..kalau dekat jepun ni..nak tgk wyg lagi la mahal..mau rm50 camtu..isk2..

    ReplyDelete
  5. アヌム ちゃん : heee...entah lah filem melyu ni. Kita dah support filem melayu, turun ke pawagam, tapi bile tgk tak menepati kriteria kita.. mcm tak puas.. tu yg ttbe rasa lebih baik beli dvd je..kan.

    ReplyDelete