Resepsi Intan Zaharah & Haidi

Sumber : Fesbuk Intan

Selamat Pengantin Baru buat Intan & Haidi. Semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa. 
Insyaallah.

Dua minggu lepas...

   Majlis berlangsung pada hari Sabtu malam - 10 Nov 2012. (Nikah..) Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancang. 

Jumaat malam, sempat lagi aku dan Kak Nor menyinggah rumah intan . Last minute call. Katanya tak ada orang nak tolong drive dan hantar balik lepas buat inai dekat Metro Kajang. Dari Alam's, aku bertemankan kak nor yang baru balik dari Sabah. Waktu tu terus ke Kajang dan balik ke Beranang. 

   Sampai rumah Beranang, keadaan rumah memanglah sangat bizy. Kak Long dan Milah (akak Intan) sibuk dengan persiapan akhir. Waktu kami sampai, Goodies bag masih belum setel. Alang-alang aku dan kak nor ada, kami bantu mana yang patut. Waktu tu terasa bahang kemeriahan dia. Happy. Ya happy je perasaan ni. Dah lama tak layan kerja kawin macam ni lepas dari majlis kenduri kawin kak Afnie dekat Kedah dulu. Sejenak terfikir, mungkin ke aku juga macam ni nanti satu hari nanti .? Hehe~ 

   Dari bab baju pengantin, makanan, goodies, semuanya adalah hasil susah payah intan sendiri.  Tabik aku dengan kegigihan dia menguruskan semua tu. Kudrat tulang empat kerat sendiri yang menyediakan. Puas hati kalau diri sendiri yang bersusah payah untuk majlis yang sekali seumur hidup ni . (..Insyaallah..)

Dekat pukul satu baru aku dan kak nor bertolak balik. =)

Sumber : Fesbuk Intan


Hari Sabtu pagi ... Berlangsung pula majlis khatam Al-Quran. 

Tapi aku tak dapat hadiri. Perempuan... haha~

   Lagi pun aku dah janji nak ambil kek hantaran intan yang aku tempahkan dekat Am. Ohhh... Thanks so much Am sebab buat icing cake yang sweet tu. **Am is my cousin yang sangat-sangat minat bab memasak and baking cake. Nak tempah boleh la contact dia.** Just click here! Atau add FB dia. 

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2549624797967&set=a.1612991422718.50349.1774262299&type=3&theater


Sumber : Fesbuk Intan

   Lebih kurang jam 2.30 petang aku bertolak dari Melati ke Beranang.  Petangnye aku dah berjanji bawak intan pegi make-up dan terus bersiap untuk akad nikah . Unfortunately.. On my way ke Beranang jem sangat teruk. Aku sampai agak lewat dekat pukul 4 petang. Nasib baik akak ipar intan ada sudi nak menghantar dia dulu. Sori ye intan. =P

Akad nikah bermula lepas waktu isya'...dan semuanya berjalan dengan lancar. =')

Tahniah. Tahniah kerana sudah bergelar seorang isteri. Haihh!!

Sumber : Fesbuk Intan

Di hari persandingan ...
  Syukur alhamdulillah, apa yang intan risaukan tak berlaku. Cuaca baik dan langit cerah waktu majlis bermula. Masakan tak risau. Majlis resepsi abg intan, Ijol tempohari di Kajang berlangsung dalam keadaan hujan lebat.
Sumber : Fesbuk Intan


Di hari persandingan, majlis diserikan dengan pasukan PA Sistem dan penyanyi karaoke yang semangnya berbakat besar yang di datangkan khas dari Putrajaya... Ni pun kalau nak tempah pun boleh~ Just "click" the button dan like!! Segala maklumat untuk tempahan boleh lah contact my fren, Jai Rizal dan Arifah.



So, buat Intan dan Haidi, selamat menjalani fasa baru dalam kehidupan. !!! 

>___<

Comments

  1. Sekarang musim kenduri, banyak undangan..Apa pun selamat pengantin baru kepada Intan dan Haidi semoga berbahagia ke anak cucu...

    ReplyDelete
  2. salam cik muda...
    bila cik muda punya turn...jgn lupa pada TiranaAduka tau

    ReplyDelete
  3. wahh sweet ja...jeles x dak gambaq dukung2cam tuh...kekekeke...papepun moga berbahagia selalu dan berkekalan hingga ke syurga...aminn

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts