expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, November 21, 2012

Bahagia.. dan Terima Kasih Tirana Aduka

On my way pergi kerja pagi tadi, seperti biasa aku akan buka siaran radio. Dalam mencari siaran-siaran yang menarik halwa telinga pagi ni, aku terhenti pada satu station yang memang tak asing lagi kefamesan nya. .. Tajuk pagi ni agak menarik. . Katanya Malaysia telah mendapat pengiktirafan sebagai Negara ke-8 paling bahagia dari 100 buah negara melalui Indeks Kebahagiaan.  Yeke? Terkejut juga. Sedikit rasa bangga pun ada. Dalam pada pertelingkahan 'dalaman' parti pro dan kontra, masih lagi diiktiraf sebagai top 10 Negara Bahagia. Ok.  Bangga disitu.

Tak nak bercerita tentang pro atau kontranya aku. Aku cuma tertarik dengan pengiktirafan tu. Apa kriteria-kriteria yang menyebabkan negara kita ni dipilih sebagai negara yang bahagia? Hmm~ Di sebabkan rakyatnya kah yang bersatu padu? Tatasusila nya kah yang sememangnya kita sedia tahu kita ni merupakan rakyat yang bersopan santun di mana saja kita berada atau golongan pemerintah nya yang sangat mementingkan kesaksamaan dan kesejahteraan rakyatnya? Haha..tak pasti. 

Apa yang pasti, kalau persoalan tu ditanya pada aku, ya. Aku memang berada dalam suasana yang bahagia. Bahagia dengan sahabat handai yang sentiasa menghiburkan. (even ada juga dua tiga kali yang secara tak sengaja mengguris hati..ya ada...). Bahagia dengan keluarga kecil ini. Saudara mara yang sentiasa mengambil berat. (Yang itu aku pasti!!) Bahkan juga bahagia dengan keadaan sekeliling yang aman damai ni... Damai?? Dalam maknanya tu...




Untuk Uncle, 
TIRANA ADUKA,
Terima kasih untuk kad yang sangat comel tu ...

5 comments:

  1. aku bahagia di Malaysia... peace yo...

    ReplyDelete
  2. aku happpy duk mesia...!!!!
    tapi org lain sanggup meruntuhkan kebahagiaan tu...camano??

    ReplyDelete
  3. Ramai yang bahagia di bumi ini..

    ReplyDelete