expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, November 27, 2012

Girls Day Out


Keramat .... Melati .... Putrajaya .... taklah jauh mana.

Lokasinya pun tak lah seberapa sampai tak bertemu selama 8 tahun.

Tapi hari Sabtu lepas..(itu pun lepas beberapa kali deal yang pengakhirannya pasti menemui jalan buntu) finally aku, Maie dan Beep bertemu, berjumpa setelah 8 tahun.  Whoaa..

Rendezvous!!!!

Beberapa minggu sudah..

Maie ada text katanya nak hang out. Sebelum ni, dalam setahun  juga aku dan Maie  plan gathering untuk ex-Guardian KLCC tapi banyak sangat halangannya. Masing-masing punya komitmen yang sangat tinggi mengalahkan Perdana Menteri . Ya, bizy. Bukan bizy yang dibuat-buat. Aku yang kadang-kadang keje luar, dan kadang-kadang terpaksa memenuhi tuntutan keluarga juga kehendak sendiri... Bila sorang free, ada pula yang tak free. Jadi tak jadi, jadi tak jadi tu adalah lumrah. 

Jadi ....

Untuk tak menghampakan, biarlah yang ini je yang bertemu dulu. Bertempat di Wangsa Walk kami deal untuk jumpa. Ohh, aku dan Maie pernah juga jumpa sebelum ni. Tahun 2010.. Waktu majlis kahwin Zul... Zulfakhrul... Lepas tahun 2010, masing-masing sepi tanpa berita. Sibuk dengan urusan masing-masing. Sehinggalah Beep yang yang dah lapan tahun lost, contact kami semula. Lamanya....

Dan hari sabtu tempohari merupakan pertemuan 3 penjuru yang memaksa kami untuk menonton bersama...  Istanbul Aku Datang!! Lepas menonton, kami lepak . Lama juga rasanya. Banyak juga benda yang kami sembangkan, gossip. Hal itu hal ini. Cerita yang tersimpan kukuh dalam hati ni selama 8 tahun dulu, pun akhirnya terbuka juga. 

Apa yang pasti, masing-masing sudah berkerjaya. Alhamdulillah.....Maie sekarang ni masih kekal dengan Maybank. Dan Beep pula baru 8 bulan bekerja dengan syarikat MAA Group kalau tak silap. Sudah berpunya dan akan mendirikan rumah tangga akan datang. Tahun tak tau bila. Yang pasti adalah time cuti sekolah. 

**psst...When I ask you to listen to a song, it’s because the lyrics mean everything I’m trying to say you.

3 comments:

  1. wah..beshnya..rindu nak kuar cmni..besh2...

    ReplyDelete
  2. wahhh tengok citer Istanbul Aku Datang.. Bestnye ><

    ReplyDelete