Monday, November 19, 2012

Nuffnang dan Sehangat Asmara?

GEMBIRA...bak hang!!!! 

Tu yang boleh aku gambarkan saat ni bila aku buka nuff... Meski pun tak ada lah banyak sangat macam kawan-kawan lain yang dah pun cash out tu kan. Tapi ada la peningkatan dari sebelum ni. 

Terima kasih...terima kasih...!!!

* * * * * 

Selepas tamatnya drama bersiri 'Adam Hawa' awal tahun nanti ... (ehhh bosan pulak aku rasa cerita aku harini..) dengar kata lepas ni ada lagi keluaran terbaru drama adaptasi dari penulis novel Aisya Sofea. Satu lagi novel terlaris dia masa tahun 2004 kalau tak silap. 'Sehangat Asmara' . Novel ni aku beli waktu aku keje dekat Guardian KLCC. Partime, lepas habis Politeknik. Lama dah berlalu... Masakan tak, Kinokuniya tu dekat atas tu je. Bila bosan balik keje or lunch hour tu, sure singgah dan dapatkan novel-novel terbaru. Karya penulis yang memang aku addict waktu tu antaranya Aisya Sofea, Anis Ayuni, hmmm ...Norhayati Berahim pun not bad. Damya Hanna...

Ramai lagi. Cuma bila dah bekerja ni, dan buat part time study, masa untuk 'bernovel' agak terhad. Sekarang ni pun, banyak penulis-penulis baru yang tumbuh bak cendawan. Aku sendiri pun tak tau dan tak update dah siapa penulis novel yang hasil penulisannya yang memang awesome selain dari nama-nama hebat tadi. 

Ehh..rasa-rasanya aku pernah juga up entry pasal keminatan aku terhadap novel-novel ni satu waktu dulu. Entry yang mana tah, lupa.! 



Berbalik pada cerita adaptasi novel Sehangat Asmara ni, dijangkakan tayangannya pada januari 2013. Dengan 30 episod dan ditayangkan di Astro Mustika HD........ lagi... Muehehehe...

Alamat aku kene pasang Astro Mustika HD la dekat rumah mak. Kan...

Insyaallah ... Kalau tuhan murahkan rezeki aku tahun depan. Akan aku pasangkan. Dalam pada duk memikir siapakah yang akan memegang watak-watak utama drama Sehangat Asmara ni, sebenarnya watak-watak ni telah pun diumumkan. Antara pelakon yang akan menjayakannya ialah, Rita Rudaini sebagai Kay.

Ady Putra sebagai Zainal Arif dan Fahrin Ahmad sebagai Azman.

Teringat pulak aku satu ketika. Scene dalam Anugerah Skrin tempohari yang menampilkan diorang berdua. Sweet juga. Tapi mungkin masih tak boleh nak dibandingkan dengan kolaborasi (ehhh...) Aaron Aziz dan Nadya Nisa dalam 'Adam Hawa' . Infact sebelum ni ada war-war yang mengatakan kolaborasi dua pelakon ni tak berapa nak jadi, tapi pada aku lakonan diorang memukau. Ada chemistry bila soalan yang ditujukan oleh Adam Mukhriz di jawab dengan sambil lewa oleh Ain Hawani. Begitu juga sebaliknya. Hmm..Juga aksi spontan Adam Mukhriz bila bersama Ain Hawani. Heyy...tak rasa ke chemisterinya disitu??




Mugkin dia tak manis pada pandangan mata korang. Tapi dia sangat cantik dan padan disisi Adam Mukhriz. Hehe~

Sweet sangat part mereka pegi umrah. Especially yang langgar tiang dan soalan Ain Hawani pada Adam Mukhriz...

"Am datang dengan siapa?'
"Am dtg dengan mama"
"Mama je? Tak bawak isteri? Boleh kenalkan pada Ain.."
"Boleh...Tanyalah diri sendiri kalau nak kenal-kenal isteri Am. Perangai sama je kan tak pernah berubah....."

Ok, tu saja....

Haha~





pssst....lain yang aku nak cerita lain yang keluar..huhu~

11 comments:

  1. Babak Aaron Aziz langgar tiang memang real. :-)

    ReplyDelete
  2. Sibuk sbg ayah dan suami sampai tak ada masa langsung nak terjah novel...

    ReplyDelete
  3. @akubiomed yeahhhh!!! agree... mmg real n comel je....kan

    ReplyDelete
  4. @Jay Ar
    hehehe..takpe2..tanggungjawab tu paling penting...

    ReplyDelete
  5. salam....
    Nice post......nk kena tanya my lover tg cerita cam ni......ta x berapa tahu.....

    +alhadulillah tiba jua.............amim.amim...

    ReplyDelete
  6. @TiranaAduka

    hmmm.....kene tny tu... mesti si dia tau..hehe~

    ReplyDelete
  7. banyak drama2 adaptasi dari novel sekarang ni...best2.:)

    ReplyDelete
  8. Saya ingat dialog last tu. comel.. hehe.. kenal lah diri sendiri... kihkih~

    ReplyDelete
  9. Kan setuju ngan penulis ! Aaron Aziz dan nadia gandingan yang tak dinafikan one of the best !
    Dan kerana saya juga baca novel ni .. So it must watch !

    ReplyDelete