expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, November 8, 2012

Bertunang ..

Stop la menyembang benda-benda tak berfaedah tu Esah oii....

Kesian-kesian la dekat blog ko ni yang asik dengar ko pot pet pot pet tak henti-henti pasal member ko yang sorang tu. 

Next ..

Aku teringat waktu lepak-lepak dengan teman sekolah satu waktu dulu. Dulu ketika umur baru menjangkau 25. Masing-masing duk memikir sape yang akan berkahwin dulu . Ye, waktu tu cuma Jue sorang je yang dah ada steady . Yana pulak dah selamat menikah dengan Arul. Liza, yang sibuk mencari cinta sejati, Moon yang tak habis-habis berangan nak dapatkan Jhonny Depp ataupun yang similar. Yang penting MAt Salleh katanya.. dan aku waktu tu duk sebuk dengan paper Acc. Pening. 

Pernah waktu tu, kita orang 'betting' sapekah yang akan pecah tradisi 'bersara bujang'. Waktu tu, sape lagi kalau bukan Jue aim utama. Yang lain, haremm..! Aku, lagi la. 2010, banyak sangat hal nya. 

Sekarang, 3 tahun dah berlalu ...

Sangkaan kitorang meleset sama sekali. Rupanya yang dulu duk mencari-cari cinta sejati tu rupanya dulu dah selangkah ke 'alam misteri'. 

Selamat bertunang Liza. 28.10.2012~
Selang sehari lepas menyambut raya haji haritu, rombongan dari Ulu Yam datang seperti yang dirancang. Majlis bertunang berlangsung dengan suasana yang sederhana. Preparation pun agak simple. Yang hadir pun bukan lah artis-artis ternama tanah air. Ada pun, cuma Shiela Amzah yang sudi luangkan sedikit masa meramaikan majlis teman sekolahnyeww ... hehe~

Alhamdulillah, majlis semua berjalan dengan lancar, meskipun pihak lelaki kelewatan dekat dua jam. Majlis sepatutnya berlangsung sekitar jam 1 tengahari, lepas Zuhur. Tapi disebabkan keadaan kereta yang uzur, dan mengalami kerosakan, mereka tiba lewat. Dalam pukul 2.30 baru majlis bertandang memulakan bicara. . Lewat-lewat pun sampai juga kan.. Alhamdulillah.! Dalam pada majlis berlangsung,  tiba-tiba ada seorang makcik ni yang tiba-tiba jadi orang perantara. Pelik juga, sepatutnya abang Liza yang jadi perantara kat majlis tu. Ini makcik tu pulak yang lebih-lebih. Yang kami semua sengeh lebih dalam bilik. Makcik..makcik....

Sementara menanti majlis sarung cincin, ada lah dua tiga pic yang comey-comey Moon rakamkan sempena majlis buat kenangan kitaorang. Hee~ 

Haritu, Moon terpaksa jadi bidan terjun sebab memang tak ada photographer pun yang di gajikan. Hee..~ 

Antara teman-teman sekolah yang hadir

Lebih kurang jam 3 petang kata sepakat di ambil. Majlis resepsi berkemungkinan besar ditetapkan pada bulan 3 tahun depan. 

Tahniah buat Liza.

Akhirnya bersatu juga ikatan tu. Even sebelum ni ada kisah tragik yang melanda. Tapi tu lah kata orang dulu-dulu... 'Kalau dah jodoh tak kemana...'

Perpisahan dua bulan yang kononnya nak bawa haluan masing-masing tu rupanya buatkan dua orang ni sedar  yang mereka ni saling memerlukan each other. 

How sweet. ..kan.

So, every one...

Peganglah kata-kata ni, 'Andai dia adalah milik kita, ditakdirkan untuk kita di dunia ni...jauh mana pun dia pegi, jarak mana pun  terpisah, andai Allah telah tetapkan dia adalah jodoh kita... Dia akan tetap kembali pada kita . Tapi, andai sebaliknya, sekuat mana pun kita bertahan, sekeras mana pun kita berusaha dan buat kerja gila andai tu bukan jodoh kita, ia akan tetap pergi tinggalkan kita. Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat kita.' 

Buat Liza & Zaid, aku doakan yang terbaik buat korang. Semoga pertunangan ni akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin. InsyaAllah.!
B.F.F 

Semoga berbahagia hingga ke syurga. !!
Semoga persahabatan kekal hingga hujung nyawa.!!

23 comments:

  1. tahniah kpd member yg sudah selamat ke fasa seterusnya.

    ReplyDelete
  2. dah jodoh kalu... memang tak kemana kalu... huhuhuhu

    tahniah buat ur BFF

    ReplyDelete
  3. @khaifaiz

    kalo tak berjodoh tu yang entah ke mana tuh...heehehe~

    ReplyDelete
  4. tahniah :) hehe. inshaallah. jodoh itu menanti. salam kenal.

    ReplyDelete
  5. Wah..tahniah kpd yg dh di book :D

    ReplyDelete
  6. salam..
    Alhamdulil tiba jua walau kereta rosak..

    Jodoh bukan urusan kita tapi kita wajib berdoa dan bertawakal.

    ReplyDelete
  7. @TiranaAdukadoa dan tawakal..hmmm. jodoh ni rahsia Yang Maha Esa... tiap manusia pasti ada pasangannya. InsyaAllah, masih lagi setia menanti hingga saat ini...~

    ReplyDelete
  8. kamu cakap xde artis fofuler yg datang.. Shila Amzah tu ape?

    Populer tuh?

    eh..eh.. ke gua sorang je pikir si Shila tu fofuler?

    ReplyDelete
  9. thnks jengah blog aku arituh. hehe. kalu free, jgn serik singgah lagi yer.

    ReplyDelete
  10. salam
    Sekadar menyingah di tempat penyapu buruk.

    Pekabar?
    Bz erk ari ni?

    ReplyDelete
  11. pertama kalinya di alam maya ...gambar tirana aduka

    ReplyDelete
  12. Psss....bleh bleh...kasut saiz apa? Hehehe....dah tugas terpaksa la korban dua public hol....

    ReplyDelete
  13. tahniah untuk kwn tu yea.
    btol la.kalau dah jodoh mmg takkan kemana

    ReplyDelete
  14. @HeNRieTTa JoSe
    hehehe...saiz 7 ... sama tak size ngn kaki rieta tu?? heee~

    ReplyDelete
  15. @Aziri Pauzi
    tu shila yang tak populer la aziri...hihiii~

    ReplyDelete
  16. @TiranaAduka uikkkk nak cubit plak..nape?? tak kesian ke kat sayeee~

    ReplyDelete