expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, December 20, 2011

"GA TERAKHIR 2011 CIK MAY"


Dalam banyak-banyak azam, satu pun sebenarnya azam aku tak tercapai. Sebab?
Tahun ni aku memang tak ada azam langsung. 

Tapi,
Yang satu ni memang menjadi impian aku sekian lama.! 4 1/2 thn der.!
Aku nak mak dan ayah aku tengok aku naik pentas, amik segulung diploma. 
Yang memang dah lama aku tunggu. Maklumlah aku buat partime study. Zaman remaja dulu pengisian aku ke arah pekerjaan. Nak buat camana kan, dah rezeki tuhan bagi pada pekerjaan. 

25 September 2011 hari lahir mak aku yang ke 60. Aku sempat wish dekat phone aje. Tak ada peluk cium, sebab aku dah berlepas ke JB tuk reharsal majlis konvo dan pengambilan jubah. 

26 September 2011, Hari konvokesyen, mak ayah dengan abang aku datang ke JB. Pagi tu, aku tengok wajah mak aku berseri-seri. Syukur Alhamdulillah impian untuk lihat mak aku gembira tercapai.

Paling aku terharu waktu hari konvo tu, mak aku dengan abang aku pegi bli bunga dekat stall bunga. Aku pun tak perasan bila masa derang pegi beli. Tiba-tiba bawak bunga sekali dengan teddy yang comel. Sambil ucap,

"tahniah dik, sebab bagi mak hadiah ni. Dapat tengok adik naik pentas pakai jubah dan topi konvo tu. Semoga adik murah rezeki,  mak doakan yang terbaik untuk adik." sambil peluk dan cium dahi aku....

"mak . . " aku balas balik pelukan tu dan cium pipi mak aku...

Wey, aku sayang sangat kat mak aku. Sayang sangat....



legnOte : Sesungguhnya kasih sayang ibu memang tiada tandingannya didunia.!


8 comments:

  1. terharu lak yui baca..hampir menitis air mata..

    sonok kan tgk org yg kt syg sgt2 happy..

    ReplyDelete
  2. k.aze: kita sedih...kita semangat nak blajar..sbb tiap kali balik,ma kita slalu tya..waaaaaaaaaaaaa...kita pun nak wat ma kita hepy!!!

    ReplyDelete
  3. ala comey3....da melepasi zmn tu.mak peluk muah2 amik diploma dan sijil..hihi..

    tq join!

    ReplyDelete
  4. yui;
    sori yer wat yui terharu. tp tu lah yg kte rasa. ni azam kte yang kte capai tahun nih.. selama 4 1/2 tahun simpan azam tu....

    ani;
    ni masa tuk kte berjasa pada mak ayah. gembirakan diorang adalah perkara yang terbaik dalam hidup kita sbg anak . sebab one day, kita juga pasti nak merasai saat tu sebagai ibu kan??

    ReplyDelete
  5. kan? kejayaan kita dah cukup membahagiakan hati kedua ibu bapa. alahai. sedih je baca

    ReplyDelete