Friday, July 8, 2011

Perhimpunan BERSIH

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan bahawa perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan akan diteruskan. Beliau menolak cadangan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan akan meminta perhimpunan BERSIH 2.0 dibatalkan jika perdana menteri berjanji pilihan raya umum diadakan secara bersih dan adil.  "Keputusan (membatalkannya) bukan di tangan kamu, tetapi ia ditangan kami," katanya sambil menegaskan perhimpunan itu tetap diteruskan. Menurutnya, perhimpunan pada 9 Julai depan adalah untuk rakyat dan bukan untuk kepentingan dirinya. "Saya menolak untuk memberi sebarang komen terhadap perkara menyerang peribadi saya. "Perhimpunan ini bukan untuk saya, ia adalah untuk kamu, untuk rakyat. Ia tentang rakyat Malaysia," katanya. Oleh itu, katanya, perhimpunan 9 Julai di tiga lokasi akan diteruskan.Tiga lokasi yang ditetapkan oleh gabungan itu adalah pusat membeli belah Sogo, Masjid Kampung Baru dan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Ambiga yang juga seorang peguam menegaskan demikian sewaktu berucap merasmikan pelancaran perhimpunan BERSIH di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur di ibunegara malam ini.Beberapa jam sebelum pelancaran itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan lebih 57 NGO gabungan di bawahnya turut melancarkan perhimpunan Gerak Aman pada tarikh yang sama.Penyokong PERKASA juga bertindak membakar dan memijak gambar Ambiga sejurus selepas perhimpunan tersebut. Dalam risalah yang diedarkan kepada hadirin yang hadir dalam perhimpunan petang tadi, mereka mengingatkan bahawa Ambiga merupakan "Wanita Hindu Yang Merbahaya" susulan tindakannya yang didakwa boleh menggugat Melayu dan Islam. Malah dalam ucapan beberapa pemimpin petang tadi, ada di antara mereka membuat kecaman peribadi terhadap Ambiga. Amiga juga menegaskan bahawa masyarakat sivil akan mengetuai perhimpunan tersebut, dan bukannya diketuai oleh parti politik seperti mana dilaporkan. Ambiga juga turut memberi jaminan kepada polis bahawa perhimpunan mereka adalah aman sepertimana yang telah ditunjukkan dalam perhimpunan BERSIH pertama pada November 2007. Beliau sekali lagi mengajak semua pihak termasuk BN supaya menyertai perhimpunan tersebut bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil. Katanya dengan demikian, ia juga memberi kebaikan terhadap kredibiliti kepada BN. Beliau turut membacakan lapan tuntutan mereka dalam perhimpunan itu iaitu membersihkan senarai undi, mereformasi undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minima 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah dan menghentikan politik kotor. Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berjanji akan mengerahkan 100,000 anggotanya menyertai perhimpunan tersebut. "Saya mewakili kepimpinan PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi memberi sokongan 100 peratus terhadap perhimpunan BERSIH," katanya disambut dengan laungan takbir. Manakala wakil daripada parti politik yang lain termasuk NGO gabungan turut berucap dan menyatakan sokongan untuk menyertai perhimpunan tersebut. Selepas perasmian tersebut, lebih 700 hadirin dihiburkan dengan paluan gendang rancak yang mengasyikan bagi menaikkan semangat penyokong perhimpunan itu. - Sumber

Baru kejap tadi call Mak, emangnya niat nak bagitau yang aku macam tak dapat nak balik lagi minggu ni. Sebabnya Ahad ni akan berlangsungnya tournament Futsal. Dan, kawan-kawan sekalian planning mau pot luck on that day. Yang ada jentera membajak hanyalah aku yang telah diberi mandat untuk membeli barangan daporrr...(sebab? Tak reti pegang sudip!) Haruslah kene stay kat Putrajaya...kan. Jadiknya, halo-halo my mum dokek umah tu....

"Mak tengah masak ni, kenapa?"
"Tak saje je..tny ngh uat pew.."
"Ohh..balik ke minggu ni? Mak ase ko takyah la balik dik..."
"Aik..nape?"

Terniga-ngia apa yang aku ngn Ani borak semalam.....

*****
Aku : Cane ni ani? Minggu lepas dah tak balik, takkan minggu ni pun tak balik...kang mak kte cakap "aiii...dah tak mo balik dah ke??" Matikkkk!!!
Ani : Tetiba mak kak aze cakap, "haa..tak payah la ko balik...biar mak je yang datang sana.!"
Aku : Siap bawak pom-pom lg kan...support kite pny team futsal... Gile!!


*****
 Betul ke mak aku nak mai sini macam yang ani cakap semalam? Erkk...

"Ko tak baca paper ke, tgk berita? Kan orang nak buat PERHIMPUNAN BERSIH tu.. Risau mak ni ha... Lagi baik ko tak payah balik, jem lagi nanti. Silap aribulaN sangkut kat tengah-tengah tu... Yang tak kena mengena pun terlibat nanti.. Risau mak kat rumah ni dik.."

Owhh....aku ingatkan mak aku mau datang sini....hihi~

Baiklah mak, aku tak balik...!! Ingatkan call ni mau bagitau itu ler...sbb ada tournement...hihi..Senang sket jiwe-jiwe ni..Tak le rasa serba salah 2 MINGGU tak balik.!

_________
legnOte : Buat Faiz Amri yang akan melangsungkan perkahwinannya....erkkk, aku tak pegi kot majlis ko..thehehehehe~ 

2 comments:

  1. haish..pasal ini gak abh xkasi p johor nek bus..sgup dia nak hntar..

    bikin susah org je depa ni..

    ReplyDelete
  2. mnyusahkn btol bnde ni kn.. abes sume plan tganggu..

    ReplyDelete