Tuesday, July 26, 2011

Budak-budak sekarang...

Aku tertarik sebenarnya dengan ENTRY dari GenkCorner.! Berkenaan dengan sikap juga tingkah laku anak-anak zaman sekarang. Berbeza budak zaman sekarang dengan zaman kita dulu... Betul tak? Masakan tak, kalau dulu ada pernah ko dengar budak-budak cakap nak ROGOL ko? Or nak bunuh ko ke apa? Gila.! Tapi, budak zaman sekarang.. Itulah mainan perkataan dia.. Selain dari, carutan juga kata-kata lucah ngn kesat dari mulut diorang ni. Aiyooooo... Mak abah kat rumah tak ajar ke manners semua tu.?
Kalau masa aku kecik dulu, nak cakap ba alip ba ya pun dah kene jelingan tajam maut. Tu dari jauh je tu. Kalo dekat alamat tercabut la telinga ko. Tak pun berterabur lemak tepi pinggang ko tu.. Pedih wok! So, baik jangan.. (Cuma sekarang ni je terkeluar juge kdg2.. haha~)

Hal-hal macam ni kan, kalau kita tengok review semula, bermula dari apa sebenarnya? Didikan guru ke? Ishhh takkan lah kan... Pergaulan? Mungkin juga.. Tapi dari pergaulan tu datangnya dari mana? Mak Abah ke?. Nak salahkan guru kat sekolah? Takkanlah kan...Fikirlah, semua benda tu tak kan le datang dari sekolah kan.. Budak-budak ni mengikut.. Dapat kat rumah, dibawanya ke sekolah... Kendian dari situ kawan-kawan dok mengikut... Ye tak? Tak? Hmm..  Apa pun, pendidikan sebenar datangnya dari rumah! Betul tak. Dari kecik sampai le dia meningkat dewasa, nak masuk tahun 1 kat sekolah, pendidikan dirumah tu adalah paling kuat sekali. Sikap kanak2 tu adalah hasil dari didikan ibu bapa sendiri. Anak-anak kalau dah di ajar dengan disiplin, dengan teguran tegas mak abah, insyaallah, itulah benteng dia untuk tak buat benda-benda mengarut bagai.. Sebab? Pasti dia ingat, "Ehh..mak aku tak ajar buat benda cenggini-cenggini.." "Abah aku pesan jgn cakap mcm tu.." Apa yang ibu bapa ajar tu sebenarnya lagi kuat untuk anak-anak ikuti.. jadi, tunjuklah contoh yang baik pada anak-anak supaya kita semua menjadi ibu bapa yang cemerlang dengan melahirkan anak yang cemerlang.! Bangga tak kalo org cakap, "Bagus budak ni..! Anak siapa ni ye?" Kalo aku, memang aku bangga!

_____________
legnOte : Anak yang cemerlang datangnya dari ibu bapa yang cemerlang.!

3 comments:

  1. huhuh,kdg2 mak bpak dah cmerlang,ank tu plak trlbh "cemerlang".. =p

    ReplyDelete
  2. yui : tu lah...tak boleh nak salahkan sesiapa... arus kemodenan sekarang kan.. dulu kita main galah panjang, baling selipar, guli..budak2 sekarang mana main semua tu.. duk dalam bilik, playstation yg dia ngadap.. komputer 24jam.!

    ReplyDelete
  3. hakhak..mmg pon!! kot tnya depa,konda kondi tu apa,galah pnjg tu apa..ntah leh jwb ke idak..

    p/s: wahh,dh komen byk2 lapaq ea..meh3,yui pon dok mkn bskut munchys aje ni..heheh..

    tq komen tau!! aiii likkkeee...

    ReplyDelete