Trifle?? Paflova?? Mana lagi sedap??

Kalau dulu orang sakan dengan RED VELVET ... (sekarang pun masih lagi...)

Tapi, sekarang ni ada pulak resipi terbaru yang semacam jadi fenomena kat mana-mana. PAVLOVA dan TRIFLE ... Haritu, masa open house umah kezen, dia buat TRIFLE. Itu adalah kali pertama aku makan. Memang yumm! Pavlova pulak...hmmm aku lupe siapa ye yang bagi aku makan.? Kedua-dua makanan tinggi karbo ni memang mampu membuatkan diet aku tercabar. Hmmm... **Bila masanya Mak Jemah nak kurus kalau macam ni. 

Jom tengok macam mana nak siapkan TRIFLE dan kemudiannya boleh dimakan begitu sahaja ...
Bahan trifle:
1 bungkus kek swiss roll (akak guna swisroll choc.)
1 kotak agar-agar segera kristal Nona
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula 3 cawan susu cair
Cara
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk

Dalam pada mencari resipi  PAVLOVA yang kononnya nak di buat kat rumah P11, aku terjumpa dengan salah silah mana asal datangnya PAVLOVA ni. Menarik juga.

Dari apa yang aku dapat, PAVLOVA ni merupakan hidangan yang fames di New Zealand dan Australia. Pavlova adalah sejenis kek yang dibuat dari putih telur dan gula halus. Tekstur pavlova ni seakan marshmallow yang gebu. Wah, terbayang-bayang pulak marshmellow topping chocolate Kak Lea haritu...hee~

Apa yang lebih menarik, katanya orang-orang New Zealand dan Aussie ni berebut hak siapa sebenarnya yang mencipta Pavlova ni. Tak caya? Hee...aku baca kat sini.. irmaDiLondon.

Bahan-bahan Pavlova ( 1 biji pavlova (6 org makan) ):
8 biji putih telur
300g gula kastor
4 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil cuka makan 
*******untuk topping*******
250g whipping cream
30g gula icing
1/2 sudu kecil esen vanila
Buah-buahan seperti strawberry,passionfruit,kiwi,blueberry,pineapple dan sebagainya.
Cara-cara:
Pastikan mangkuk anda bersih yer.Putar putih telur sampai keluar 'soft peak',tambah gula kastor sedikit demi sedikit dan putar sehingga keluar 'stiff peaks'.pastikan gula betul2 hancur.masukkan esen vanila, cuka dan tepung jagung.kacau semuanya.
Lukiskan bulatan besar pada baking paper dan sudukan adunan ke dalamnya.Panaskan oven 180 degree celcius dan tukarkan ke 120 degree celcius sebaik sahaja ia dimasukkan ke dlm oven.bakar selama 1 jam dan sejukkan 30 minit.
Untuk topping,putar whipping cream sehingga muncul soft peaks.Maniskannya dgn gula dan esen vanila.
sudukan whipping cream keatas pavlova sehingga menutupi atasannya.Hias dengan buah-buahan.  (sumber: myresipi)
Kalau tengok kedua-dua jenis makanan ni, tak ada bezanya aku rasa kalau dah di topping dengan pelbagai jenis buah-buahan. Tapi apa yang membezakan Trifle dan Pavlova ialah, Trifle ni menggunakan kek yang dah siap sedia dan PAVLOVA ni pulak, bahan utama dia adalah putih telur dan gula halus. Macam Macaron.  Ehhh....aze macam ko ekspert sangat kan?? 

OK la buddies, balik nanti mau suruh kak NOno cuba buat. Tak pun si Kema pon bole. Hehe...diri sendiri?? Nan adonyo.... 

Aku kan diet...kehkehkeh >__<!

Ciaw-cin-caw!

Comments

  1. pavlova dah mam...order dr kulim cupcake...triflle blom lgik....klu rajin...bleh la try buat sndiri...thanks yea for the resipi...

    ReplyDelete
  2. yui penh wat triffle..tp lg suka mkn pavlova..hihi.

    ReplyDelete
  3. triffle sedap..pavlova plak tak pernah rase lagi..mesti sedap kan..

    ReplyDelete
  4. @HeNRieTTa JoSe
    kalo da buat nanti bole la post kat sini ea..hehe~

    ReplyDelete
  5. @nuyui a.k.a miss YUI
    yuii, wat pavlova tu kendian kirim kat sini..huhu~

    ReplyDelete
  6. @ieedaz @ mama_isha

    kalo mama isha wat mesti sedap tu..nak plak wat tuk sy skali kan...terharu rasa...heee~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts