Korban

Perasaan benci mula menjinak dalam hati ....
Ahh...
Persetankan semua tu.
Aku tak mahu membenci.
Sungguh!!!
Lalu...biarkan rasa menjadi Qurban..

* * * * * * * 

2 hari lagi kita nak menyambut Hari Raya Haji. 

Besok lusa berkemungkinan besar, orang ramai berpusu-pusu pulang ke kampung. Selamat Balik Kampung semua. Terutamanya orang-orang di timur tanah air. Maklum, sambutan Raya Korban ni lebih meriah di sana. 

Bercerita pasal korban ye...

Apa pengorbanan korang tahun ni??

Apa lafaz korban korang?

Hehe... ada ke? hMM...ok, kite bagi soalan SPM 2001- Modul Pendidikan Islam sket..

Apa pulak pemahaman korang tentang ibadah Qurban ???

Jom aku kongsi dengan korang....



Menurut mazhab Imam Al-Syafie, hukum ibadah qurban ni adalah  sunat muakkad iaitu sebagai ibadat tambahan yang selalu dikerjakan oleh Rasulullah pada masa hayatnya. Baginda dilaporkan pernah berkorban dua biri-biri besar bagi diri, keluarga dan seluruh umatnya yang tidak sempat atau tidak mampu berkorban.

Tapi kebanyakkan ulama' pula berpendapat korban hanya SUNAT.  Seseorang tidak dianggap berdosa besar sekalipun tidak pernah berkorban seumur hidupnya. Jika tidak berkorban kerana tidak berkemampuan, anggaplah bahawa Nabi berkorban bagi pihak umatnya.

Berpandukan amalan korban yang dilakukan oleh Rasulullah yang menyembelih dua ekor biri-biri bagi pihak diri, keluarga dan umatnya, maka ulama berpendapat memadai jika seorang ketua dalam sesebuah keluarga seperti suami bagi isteri atau bapa bagi anak-anaknya.

Bagi yang mampu digalakkan memilih ternakan yang terbaik untuk dikorbankan. Rasulullah setiap kali berkorban memilih ternakan yang baik, sihat dan gemuk.

Muslim meriwayatkan daripada Anas mengatakan Rasulullah saw menyembelih korban dengan dua kibas yang terbaik dengan tangannya sendiri dengan membaca Bismillahi Allah dan bertakbir dan meletakkan kakinya di atas rusuk di sebelah tengkuk kedua-dua kibasnya itu.

Ada syarat ditetapkan iaitu ternakan yang hendak dikorbankan mesti cukup umur, sihat dan sempurna sifatnya yakni tidak mengalami kecacatan.

Haiwan ternakan betina pula perlu dipastikan tidak mengandung ketika hendak dikorbankan. Bagaimanapun, korban tetap sah jika selepas disembelih didapati haiwan ternakan itu sedang mengandung.
Mengikut amalan sunnah dalam pembahagian daging korban ialah satu pertiga untuk diri dan keluarga, satu pertiga untuk jiran tetangga manakala satu pertiga untuk golongan fakir dan miskin.

Namun seandainya disedekahkan semuanya kepada orang lain, itu lebih baik dan sempurna. Bagaimanapun, digalakkan kepada orang yang berkorban untuk mengambil sedikit daging korban untuk dirinya dan keluarga sebagai *tabarruk.

Allah mensyariatkan waktu untuk melakukan ibadat korban ialah selepas solat hari raya pada 10 Zulhijjah. Ia juga boleh dilakukan pada tiga hari selepasnya iaitu hari yang dinamakan sebagai hari tasyrik.

Ada masyarakat beberapa golongan yang silap faham, lalu melakukan ibadat korban pada malam hari raya. Ini ialah satu amalan yang tidak menepati sunnah dan jika dilakukan juga, sembelihan itu tidak dikira sebagai ibadat korban.

Begitu juga dalam permasalahan pembahagian daging korban. Masih ada amalan di mana daging korban dibahagi tujuh, manakala bahagian tertentu (biasanya kepala) diperuntukkan kepada tukang sembelih sebagai upah. Ini sama sekali tidak dibenarkan. Setiap bahagian daging korban adalah sedekah dan sedekah sama sekali tidak boleh menjadi upah.

Untuk tujuan upah, sepatutnya pihak yang berkongsi korban boleh membayar lebih sedikit daripada harga asal haiwan itu... (sumber)



# psst: Tabbaruk = Berkat/keberkatan. Mungkin ada maksud yang lebih khusus sesuai dengan keadaan. Sama-sama kita berkongsi.

Comments

  1. berkorban apa saja harta ataupun nyawa.. cm lagu p ramlee kan? hihi..

    slmt hari raya aidiladha ~

    ReplyDelete
  2. wahhh 2 hari aje ag...dua hari bekerja...hehehehehe...selamat hari raya aidiladha no...

    ReplyDelete
  3. @SumeSakan
    slamat ari raya aidiladha juga tuk cik aini!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts