Produk Acai Beri Beracun?

 Perkongsian untuk korang yang masih lom baca lagi .....

IPOH: Ada produk kesihatan di pasaran yang didakwa dihasilkan berasaskan buah istimewa, acai beri dikesan mengandungi kimia beracun sibutramine selain tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Setakat ini, tiga produk berasaskan acai beri disahkan mengandungi racun berjadual itu termasuk jenama ABC Acai Berry Soft Gel, Acai Berry Dietry Supplement dan Acai Berry Slimming Herbal.
Lima lagi produk acai beri iaitu Acai 1000mg Soft Gel, Acai Berry Detox, Acai Berry Extreme, Acai Berry Pure dan Acai Supreme Plus pula didapati dibawa masuk secara haram dan tidak berdaftar dengan KKM.
Kewujudan bahan kimia berjadual dalam produk berkenan dikesan hasil ujian makmal terperinci dilakukan pakar Bahagian Penguat Kuasa Farmasi (BPF) KKM sejak beberapa bulan lalu.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM, Datuk Eisah Abdul Rahman dalam satu kenyataan media semalam berkata, bahan kimia sibutramine adalah sejenis ubat yang pernah diluluskan sebagai antiobesiti sebelum diharamkan penggunaannya oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah pada 23 Disember 2010.
“Kelulusan itu ditarik balik kerana kesan toksik yang membahayakan pengguna dan pernah menyebabkan beberapa kes mangsa menemui ajal.
“Sibutramine boleh meningkatkan tekanan darah dan kadar nadi pada sesetengah pesakit dan boleh memberikan risiko kepada pesakit yang mempunyai penyakit arteri koronari, kegagalan jantung kongestif, dan strok,” katanya.
Beliau berkata, produk acai beri yang mengandungi kimia itu juga boleh berinteraksi dengan ubat lain dan mengancam keselamatan pengguna.
“Pengguna perlu berhenti menggunakan produk itu serta-merta. Pengguna yang mengalami kesan sampingan boleh merujuk kepada pegawai perubatan bertauliah untuk nasihat dan rawatan,” katanya.
Eisah berkata, KKM menerima banyak aduan berhubung produk pelangsingan badan berasaskan acai beri yang dijual melalui Internet. “Sehubungan itu, BPF menjalankan risikan dan siasatan terhadap produk mengandungi acai beri. Difahamkan, acai beri adalah buah daripada sejenis pokok palma yang biasa tumbuh di tepi paya di kawasan hutan hujan Brazil.
“Bagaimanapun, hingga kini, tiada bukti saintifik menunjukkan acai beri boleh mempengaruhi penurunan berat badan atau mempunyai kesan positif terhadap kesihatan,” katanya.
Produk acai beri dibenarkan untuk dijual di Malaysia mempunyai nombor pendaftaran produk MAL yang sah.
“Produk kesihatan berdaftar adalah produk yang sudah dinilai KKM untuk keselamatan, keberkesanan dan kualiti. Mereka yang didapati menjual produk tidak berdaftar boleh didakwa mengikut Akta Jualan Dadah yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM25,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-dua sekali,” katanya.
BPF sebelum ini bertindak menyerbu beberapa premis di Selangor dan Terengganu dan merampas produk ABC Acai Berry Soft Gel dan Acai Berry Dietry Supplement. - myMetro @ 
Kesian kat acai berry kan, dia tak bersalah... Yang bersalah adalah bahan kimia campuran tu je..huhuhuhuuh~


Aku search juga dalam internet ni betul ke tak maklumat ni. Tapi apa yang aku jumpa,   bukan semua Acai Berry tu dikesan mengandungi kimia beracun sibutramine selain tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Produk yang bermasalah tu adalah brand Nutrilineiaitu Thinsline katanya.....

Apa pun kawan-kawan, apa yang terbaik, kalo nak beli produk-produk kesihatan macam ni, pastikan ianya  berdaftar dan ada kelulusan KKM . Ye tak org KKM? Heee...

Okey, ciaw-cin-caw....









#psst...rindu kat dia. Tapi....hurmmm~

Comments

  1. Ooo tq for info..org kesihatan kena jln tugas..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. tau xpe..cian jd mangsa.. salam aidiladha ya dear..

    ReplyDelete
  3. Rietta pernah nk try.....tp blom ada kesempatan....terbaca artikal nie...btl la sekejap niat dihati nie....hehehe....

    ReplyDelete
  4. @HeNRieTTa JoSe

    tak perlu la kot...huhu~
    awk da cun da tu...huhu~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts