expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, October 31, 2012

Surat Untuk Oktober ...


* * * * * * 

" Aku minta maaf. Harini, dah dekat 3 minggu +- . Semenjak daripada kau dapat tau perkara yang aku buat tu . Huhu ... Agak-agak aku, mesti kau marah kan? Tak perlu jawab. Aku rasa iya. Dari apa yang kau state haritu pun aku rasa dah. . Dan kemudiannya ko terus sepi ... Sehingga ke hari ini . Sedih?? Tipu la kalau aku cakap aku tak sedih. Terasa juga . Tapi ...


Ahh...biarlah. Biar kau membenci, lagi pun memang tu jalan yang terbaik agaknya. Daripada berkali-kali aku nak lari, tapi masih lagi terbelenggu dalam ikatan tu . Mungkin juga dengan cara ni aku dapat melupakan ... yang memang dari dulu lagi aku cuba nak buat tapi kau datang semula . Meskipun tanpa apa-apa niat lain. (Mungkin..ahh, aku jgn fikir negatif.!) Lalu membuatkan aku sendiri tonggang-terbalik . Ye, aku lemah.! Lemah bila berdepan dengan ko . 



Mudah mudahan, kali ni aku berjaya . 


Benda ni bukan mudah untuk aku. Aku tau, segala apa yang berlaku selama ni,  tak ada maknanya pun pada kau . Aku tau semua tu . Untuk jadi sahabat macam apa yang kau nak, aku rasa aku tak boleh . Sungguh ... aku tak boleh selagi ada rasa tu. Biar aku pergi jauh dulu. Lupekan semua ye. Mungkin bila dah pulih baru aku kembali. 


Aku mintak maaf sekali lagi. Sebab buat ko marah. Mungkin sekarang ko betul-betul membenci aku. Hmm..Bagus lah . Aku terpaksa biarkan macam tu. Mungkin pada asalnya secara tak sengaja aku buat perkara tu sebab aku bengang . Tapi, andai itu mampu buat ko pergi dan membenci sekaligus membenarkan hati aku ni menjauh dari ko, rasanya ni lah jalan terakhir yang mampu aku buat . Tu je jalannya tuk aku jauhkan diri. "



Oct, Selamat tinggal ye . 
Jaga diri . Hidup baik-baik . 

* * * * * * * 

6 comments: