2 out of 4 !

Tak lama dah . .

Majlis resepsi dua orang sahabat aku akan menjelma . Yang seorang ni lebih kurang 3 minggu dari sekarang, dan seorang lagi tinggal sebulan lebih je lagi . Ehhh.. Selamat menempuh alam baru buat Intan dan juga Kak Noor yang selalu menghiburkan.

Tak sabar rasanya nak meraikan bersama-sama. 

Google

Sembang pasal majlis perkahwinan ni, aku terperasan ... Ramai dah rupanya kawan-kawan yang dah pun bertukar status. Tinggal beberapa kerat je yang masih lagi belum sedar-sedar nak mendirikan masjid. Termasuk aku .. Hee~ Bukan tak sedar, cuma masa dan calon belom mai lagi. Apa orang kata, 'tak sampai seru lagi' macam tu lah. 

Nak membina masjid ni bukan mudah. Kene prepare betul-betul. Preparation tu bukan setakat lahiriah je, zahir dan batin ye. Duit dalam bank kene cukup. Bukan setakat prepare duit waktu majlis berlangsung je, tapi selepas majlis pun mesti kene ada back-up. Jangan fikir lepas majlis setel, semuanya akan setel. Andai kata Allah berikan rezeki anak tu cepat . Kat situ ko memang dah kena prepare lagi macam-macam. Hospital, barang anak yang bakal lahir, rumah, waaa macam-macam... Busuk-busuk pun 10k mesti ada dalam bank. (lebih kurang la kot pada aku) . Majlis haritu dah berabis 30k. Haa...fikirkan lah... Dunia sekarang ni semuanya nak pakai duit. 

Jadi, bersedia ke aku ke alam tu?? Belom kot..

Ape pun, rezeki tu sebenarnya ada kat mana-mana. Nak pulak kalau kita ni buat benda yang baik. InsyaAllah pasti ada je sumber-sumber yang boleh membantu. Jangan takut lak nak berkahwin. Hehehehe~ Kalau takut di lambung ombak, jangan berumah-tangga di tepi pantai...hee~ Untuk lebih lanjut, tanya la pada yang dah berpengalaman. Sure diorang boleh guide korang yang baru nak menghadapi alam baru ni. 

Well, memang aku tak ada pengalaman dalam hal-hal sebegini rupa . Tapi dari cerita-ceriti kawan-kawan yang dah berpengalaman pastinya tu aku jadikan sebagai pedoman dan rujukan untuk aku satu hari nanti. Ialah...sure aku pun akan mengalami detik macam ni satu hari nanti kan. InsyaAllah andai ada jodoh nanti. 

Huhuhuhu~

Jom Kawin!!!


# buat sorang member zaman poli dulu, selamat menghadapi detik2 melahirkan Deepavali nanti. Semoga semuanya selamat nanti. InsyaAllah.!

Comments

  1. amboi ayat JOM KAWIN!! last tuh x leh tahan tuh...hehehehe...wahhh kak nor n intan...x lama dah eh....rindu kat kak nor...nanti kim salam neh ke dia...hehehehe

    ReplyDelete
  2. @khaifaiz
    blom sampai seru namanya......
    happy la dia dah selamat semua.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts