Thursday, October 11, 2012

Duit adalah segala-galanya.!! Grrr~

Dah lama radio kereta aku rosak. Mungkin akibat dari kemalangan dulu. 

Penyakit radio tu semakin hari semakin kritikal 3,4 bulan kebelakangan ni. Daripada hanya tekan sekali, terpaksa tekan berkali-kali baru ke udara siarannya. Aku tau, jangka hayatnya semakin tiba. Kemudian sampai satu ketika, dia terus padam. Aku tak tau jam berapa dia menghembuskan nafas terakhir beliau. Sedey...


Dekat 3,4 bulan juga aku bertahan untuk tak mendengar siaran radio di Malaysia. Betapa kesepiannya bila ulang alik kerja . Ye, aku memang sepi. 

Namun ....

3,4 bulan ni berakhir dengan jayanya.! Hoorey, aku dah pun beli radio kereta baru hasil usaha gigih aku ber'OT' sampai larut malam tempoh hari.  

Nak harapkan gaji yang tak seberapa tu memang sampai tahun depan agaknya aku tak tukar radio tu, bergasak lah KL-Pjy ulang alik dengan mendengar irama suara merdu sendiri. Merdunye suara aku.

Hari sebelum menukar radio baru ...

Sekali lagi aku di uji ...

Tak semena-mena phone yang dah sekian lama aku pakai tu, tercampak melambung dung..dung..dung..ke bawah kereta. 

Petang tu, sampai je dekat parking bawah rumah, aku reply taxt dari seorang teman.  Kemudian aku letak phone tu di pangkuan. Selesai tutup enjen kereta, aircond, aku buka pintu untuk keluar...

Aku terlupa phone masih di atas pangkuan dan aku terus bangun... 

Tak semena-mena phone yang dah sekian lama aku pakai tu, tercampak melambung dung..dung..dung..ke bawah kereta. 

Jahanam. 

Dalam hati aku cuma satu.

"Oh, dasyat betul jatuhan kali ni.!"

Ye, memang betul.

Aku cuba tekan keypad ... Syukur alhamdulillah masih okay. Tapi ...






Malam tu, sampai satu message. Reply dari teman petang tu. Aku cuba tekan Shortcut keypad untuk ke INBOX ... hampa. Sekali, dua kali, tiga kali .... Dia buat hal..


Terpaksa aku guna manual. MENU-MESSAGE-INBOX. Huh!!

Besoknya, dia semakin kritikal. Bila sorang member call dan aku langsung tak boleh nak pick up.!!

Hingga ke hari ni, phone tu di bawah bantal. Tak mampu untuk berkhidmat untuk aku.


Kesudahannya, radio kereta yang rosak dah diganti.  Phone pulak buat hal.

Memang dunia ni perlukan duit memanjang ....




Adoi !!!


# Banyak benda dalam phone tu. Dan message terakhir tu, sampai ke harini aku masih belum baca. .  =(

6 comments:

  1. alaaaa....sabar ye cik muda. hehehe, kalau tak rosak yg lama mcm mana nak dpt yg baru. kan kan? nak yg baru la tu :)

    ReplyDelete
  2. wahh dugaan..dugaan...lepas satu..satu ag mnyusul...ot lg lah jawabnya yeee...

    ReplyDelete
  3. dugaan tu kan..sbr yer.. pnjm duit nak beli hp!..hihi.

    ReplyDelete
  4. =,=!! hew... tengah bersabar ni..huhu~ mungkin ada rezeki lain nanti mungkin....

    ReplyDelete
  5. Bila baca, rasa terngiang-ngiang bunyi henset tu jatuh dung dung dung dung

    ReplyDelete
  6. salam cik muda

    Duit bukan segala2nya.tapi tak de duit nak masuk tandas awam kalau x bayar .x boleh masuk,(ada maksud yg mdalam tu..)

    Terima kasih sudi lapangkan masa di blog tirana aduka.

    Kalau cik muda x keberatan. Tirana nak alamat surat myurat cik muda. Ta ada sesuatu tanda penghargaan untuk cik muda.

    tiranaaduka@gmail.com

    ReplyDelete