Teka Lagu?


Oke kawan2.....

Aku bosan..
Jom main teka-teka lagu nak?


Cuba korang teka lagu apa ni.. 
Erkkk hadiah tu nan ado lar kan. Sesaje je wak... 

Ni ha lagu dia.

Actually dua lagu ni dah 8-ratos kali dah aku repeat dalam minggu ni.


"Kau titipkan cahaya terang

Tak padam didera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku"


"Mengalir airmataku
Merintih dalam pilu bila kau berlalu
Serikan semula mahligai hati yang lara
Bertahun lama ku tunggu"


Nak kata bercinta, nan ado boipren nye pon nak crush celah mana. Aku pun tak tau... 

OOpsss!!!
Semalam aku berkemas sekejap. Ada satu beg yang dah lama aku tak sentuh. Habis berabuk. Dalam tu langsung tak berusik. Harapnya masih segar seperti dulu. Lama dulu...

Ni dia...


Jangan tanya aku reti petik ke tak.. Memang aku jawab reti je. Ko petik je ikut sedap bunyi ko. Ye tak Jemah??
Paling kurang pun ada jugak bunyi ala-ala 'Cinta Fesbuk..

Bak kata kak Nono, setakat nak goreng time melepas tu apa la sangat..kan?

Errr...
BTW, kalau di pikirkan dulu-dulu memang semangat sangat.! Siap kelas hujung minggu lagi.
Nowadays, aku tak tau mana hilang semangat tu.. Gone with the wind kot. Huhu~

Belajar pun tak khatam wak..!
Harap-harap kali ni pasti kembali semula semangat dulu....~

Oh, jangan lupa teka lagu tadik...!!

Babai~

Comments

  1. lagu memori dibawah pokok pisang ker... hahaha

    ReplyDelete
  2. haa . lagu vanilla cokelat tu kan ! tapi taktau title apaa? hehe

    ReplyDelete
  3. haa . lagu vanilla cokelat tu kan ! tapi taktau title apaa? hehe

    ReplyDelete
  4. haa . lagu vanilla cokelat tu kan ! tapi taktau title apaa? hehe

    ReplyDelete
  5. lagu sarah-bersamamu kan??kan3...hehe

    ReplyDelete
  6. waaa...bes la pndai petik gitar :)

    1)tentang rasa - astrid
    2)bersamamu - sarah

    ReplyDelete
  7. xtaw tajuk aper....wah gitar....rietta xreti petik...nengok jew la...hehehe...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts