expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, April 3, 2012

From KK With Love (Pt.3)

Oii oiii... Dah part 3...?

* * * * * * * *

Balik semalam, gile punye redha...tapi
Harapan hancur. Sebab kak nono pun upenyew bolom balik lagi. Cis..!!

Aku pun sambung wat karangan From KK With Love ...

Korang dah tengok aku pakai baju kaum ape kat Sabah? Gulpp... Yang very the sopan oke..

Ni time kami dah siap pakai pakaian tradisi. Moon & Leeza memang sesuai la pakai pakaian tu. Yang kami dua orang ni, nak tak nak terpaksa juga cari yang mana sesuai dengan ukuran diameter kami. 

Yer.! Pakaian suku kaum Bajau memang sangat padan. Tapi cuma satu ....kami tak boleh nak pakai a complete accessories suku kaum tu. Patutnya ada satu mcm tanjak ke ape kene pakai dekat kepala. Tapi ... no regrets lar.. huhu~

Complete.!

Kami semua dibawa keluar menyaksikan pertunjukkan. Ada show wak!! Katanya show ni akan berlangsung mengikut schedule, pukul 2.30ptg dan pukul 4.30ptg. Sempatlah kami orang tengok show pukul 4.30.

Sambil-sambil tengok show, tetiba....!

"Mari yang pakai pakaian tradisi ituk naik ke pentas menari bersama. Oh, apa guna udah pakai baju chantik2 tak mau buat show..."

"Hamekkkk...."

Aweks yang tolong kitorang pakai baju tu ajak naik pentas menari sama-sama. Gelabah platipus aku dibuatnye. Nak tak nak, bila lagi kan nak dapat peluang yang macam ni.

Naik saja!

Koh-keh-koh-keh atas pentas tu macam beruk. Huhu... Step poco-poco yang aku guna. Iskkk...tak le susah ngat.. 

Kiri kanan, depan belak...nggg.. 

"Asal derang tak pusing pon?"


Aku rasa derang ni nyesal panggil aku naik pentas. Abis rosak step dorang aku kejekan. Mujur tak kene sumpit ngn mamat nih.....

Help me mama.!

Seronok wak.!! Pengalaman adalah kenangan manis yang paling indah untuk dikenang. ! Masa ko tua nanti. Pecayalah.! 

Lepas kami wat pertunjukan sarkas kami tuh, kami orang dibawa melawat sekitar perkampungan Monsopiad ni. Time ni kami diperkenalkan dengan siapakah si Monsopiad. 

Kata jurupandu kitorang ni, Monsopiad adalah seorang pemburu kepala. Kira legend lar kat kampung Kuai Kandazon. Dia dah memenggal paling banyak kepala musuh masa zaman dia.  Kiranya kalo paling banyak penggal kepala tu dia la hero. Jadik orang mengenangi dia sebagai warrior kampung waktu tu. 

Dalam Kampung Kebudayaan Monsopiad ni, banyak peninggalan barangan lama juga tengkorak-tengkorak yang beratus tahun (real wak!) hasil dari penggalan kepala si pemburu kepala Monsopiad. Kiranya kampung kebudayaan ni lebih kurang muzium peninggalan sejarah tradisi bagi orang-orang Kadazan Dusun yang boleh aku tafsirkan. 

JOm tengok gambar lah...


Ni kalo orang semenanjung panggil, pelamin... Diorang bersanding guna tempat duduk tu la.. Yang nampak lebih lebar tu adalah tempat pengantin perempuan dan cara duduknya adalah macam member aku tu duduk...

Ada yang kata kalo sesapa yang duduk dekat bangku tuh, akan dipermudahkan jodohnya. Bole caya ke? Aku try? Erkk...rasia..!

Ha! Ni lah antara beberapa tengkorak peninggalan Monsopiad The Warrior nih..

Digantung di anjung bumbung rumah kampung dia..

Tu Leeza, dia Bukanlah waris terdekat Monsopiad.! Dia cuma x-schoolmates aku.!

Yang ni pulak adalah rumah orang Kadazan Dusun. Korang nampak yang jarang-jarang tu kan? Haa... Tu adalah  aircond derang. Original punye udara..
Huh! Habis satu hari....
JOm kita tengok pulak besok punye cerita.
Haa! Aku pegi mana ye?


to be continue...


From KK With Love [Pt.1Pt.2Pt.4)

8 comments:

  1. akak pun akan ke kk tapi mgkn tak pegi sini...atas urusan keje...takdelah nak jalan2 mana sangat.

    ReplyDelete
  2. wah seronoknya... dapat tengok persembahan mereka.. pengalaman yg tak boleh di jual beli lah..

    ReplyDelete
  3. bestnyeee jengjalannnnnn~ br nak oder ulat sagu seko 2...~

    ReplyDelete
  4. akk nk tnya ni...muat ke kalu kita nk dok kat pelamin tu...mcm xmuat je tu...hik3

    ReplyDelete
  5. Apsal aku pi tpt ni dulu tadak serbis pakai baju tradisi ni.... haishhh...

    ReplyDelete
  6. Apsal aku pi tpt ni dulu tadak serbis pakai baju tradisi ni.... haishhh...

    ReplyDelete
  7. sukanya.....dah part 3 erk...hehehehe....xsabar nak tunggu sambungan lagik....

    ReplyDelete