expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, April 2, 2012

From KK Wif Love (Pt.2)

Bosan kan? Huhu~

* * * * * * * * *

Dalam hati...

"Oh, ni rupanya bentuk mukabumi Sabah, Kota Kinabalu."


Edmond ada tanya tengahari tu nak kemana mula-mula nih? Seterusnya? Seterusnya...?

Ahh..Edmund, ko ni buat kitorang macam pernah pegi sini je kan? Nasib baik kami orang dah survey tempat-tempat menarik yang boleh tahan untuk dikunjungi. .~

Tempat pertama sekali, rumah kebudayaan katanye.! Sabah bukan macam Sarawak yang ada rumah kebudayaan tu. Tapi dekat Monsopiad Cultural Village ni memang ada. 


Masuk je, ko akan dikenakan RM55 (mahal wak.!) huhu... Jadik untuk mengurangkan beban tak tertanggung tu, meh aku bagi korang tips sikit.. Tak payah nak buka pintu hati ke nak goda bagai... Korang bawak je kad pelajar korang. Harga akan reduce sebanyak RM25 kot. Korang cuma akan dikenakan bayaran RM30 saje. 

Disebabkan aku yang hawaw ni tak bawak kad matrik UTM dulu, terpaksa-rela la aku pi bayar RM55 rengget.!

Erkkk.... tapi kalo korang yang tak de kad metrik tu, bayaran adalah kekal RM55 ler. Oopss... Plus yang nak pakai baju tradisional orang Sabah, akan juga dikenakan bayaran sebanyak RM10 saje. Jadi, disini aje aku dah merabakkan duit sebanyak RM65. Bermaknakan? Heee~

Bila lagi nak perabis duit kan???

***Pssst...manusia yang layan kitorang masa nak bersiap pakai baju tradisional tu memang peramah. Shantek pulak tu. Terbit rasa sayang kat dia...Muekekekeke~***

Setel bayaran semua, kami terus masuk dan terus ke tempat baju. Manusia yang ikot kitorang tu kata pakai ler baju kebudayaan dulu, dan dia akan bawak kami semua melawat sekitar Monsopiad Cultural Village tu.. Kami berempat pun meng'aokkk'kan lah diri.

Perjalanan dari Hotel nak ke Monsopiad Cultural Village
Gostan cerita sikit, masa dalam perjalanan nak ke Monsopiad Cultural Village petang tu, Edmond bawak kitorang melalui jalan-jalan kampung. Katanya, alang-alang datang ke sini, cubalah merasai suasana perkampungan orang Sabah... Menarik.! 

Yep, tu memang aku tak nafikan. Memang cantik dan unik. Dalam perjalanan tu aku nampak orang kampung memancing ikan siap bekelah lagi. Bukan takat tu je, ada jugak budak-budak dengan kehidupan kampung dorang yang tengah mandi-manda, terjun dalam sungai. Hmm...what a wonderful world.!

Nak carik kat Putrajaya orang wat macam tu? Memang kene kejar dengan Perbadanan Putrajaya lar kau. Kesalahan?? Mencemar duli.. Hamek..!!!

 
Jom!! Tengok-tengok baju mana yang berkenan dan ngam kat badan....

Antara baju tradisional yang mereka ni sediakan ialah Baju Tradisional dari keturunan Murut, Kadazan, Bajau, juga puak Rungus. Well, puak Rungus ni first time aku dengar. Katanya puak ni bermukim di sudut atas peta Sabah tu. Alaaa...kalo korang tengok peta Sabah kan seakan-akan kepala anjing kan? Kaum ni penempatannya kalo korang nak tau dekat peta yang dekat mcm belah telinga tuh... 



Menarik tak menarik Negeri Sabah??? 

Nak tengok baju ape aku pakai?? Hee.....

Nanti ea.. Aku nak balik lol. Perut pun dah berbunyi ni. Harap-harap ada ler pape kak Nono wat kat umah tu.. Muekekeke~

Jom balik...




From KK With Love [Pt.1, Pt.3Pt.4)

3 comments:

  1. eeee best giler!! akak dulu g KK tak sempat p jalan2 pon... rugi2.. jeles!

    ReplyDelete