Cameron Highlands Part 1

Perjalanan yang makan masa lebih kurang 3 jam (kot)... akhirnya berakhir dengan pening-pening lalat bila keluar dari kereta untuk check-in di hotel bajet sakan... Tudor Home Inn, Berinchang. 1 malam RM160 /bilik...pada harga peak hour.. Chinese nuyer mey...! Katanya, kalau hari biasa cuma RM60 semalam...bilik for 2..

[tudor.jpg]
Credit to indahnyacameronhighlands
Sorry yep aku terlupa nak snap gambar dekat hotel tu.. Tapi takpe, google kan ada..hihi~

Segala tempat penginapan, juga logistik adalah di setelkan oleh teman, Liza, Moon dan Yanti. Aku?? Takde part... ikot saja! Best kan?

Sampai dalam pukul 11 lebih dan kami terus check-in...punggah barang.. Journey pertama adalah pasar dekat Brinchang. Hilang kawalan bila tengok barang-barang, nak itu nak ini...rasa macam semua aku nak beli. Kesudahannya, kami tak beli apa...! Hebat kan..~

Dah penat jalan dekat pasar Brinchang tu, sambil-sambil mengunyah jagung bakar, sandwich, dan jajan2 sebagai pengalas perot, kami bertolak pulak pegi ke taman rama-rama. Plan asal adalah, taman rama-rama kemudian ke Bee Farm, Cactus Valley, Strawberry Farm, Uncle Sam Flower Farm...




Tapi, bila dah tiba je, hmmm macam-macam farm ada... Jadi, kami pegi mana yang dekat situ je lah... Raju Strawberry Farm adalah pilihan kami...

Tinggi la plak nak menapak naik ke Raju Strawberry Farm..!
Sempat le posing sana sini...

Mamat belakang tu la lelaki belakang tabir...
Sayangnya, dekat strawberry farm ni tak boleh nak petik strawberry, sebab tak musim lagi..hurmmm.... *sigh* 


But it's okay!! Next time la... Kemudian kami gerak ke taman rama-rama . . Bayaran adalah RM5 per head...  dan telah dibelanjew oleh Inchik Dino. (Masey ..)




Dalam Taman Rama-rama ni juga ada Taman Mini Kaktus.. Oleh itu, tak payah la kami nak journey ke Cactus Valley yang padat dengan orang.. Jammed pulak tu!

Dekat 1 jam juge kami dekat dalam tu, dengan posing bergambar bagai...kan... Kemudian, kami bergerak ke Rose Center plak.. Kali ni perjalanan kami bukan menaiki kereta, sebab nak ke Rose Center nu, kene masuk ke dalam pasar Berinchang tu.. Haruslah berjalan kaki lebih kurang 1KM.. Erkk...penat you! 

Sempat lg depa dok posing otw ke Rose Center tu...
Just arrive... dekat kul 6 petang... Rose Center pon dah tutup... Tp oleh kerana tuan empunya garden baik hati, dia bg kami masuk.. Ermm sakan la minah-minah tu snap gambar bagai, termasuk la aku...! Sekali masuk RM5 juge...tapi di sponser oleh Cik JUe kite...!  (TQ!!)


6:15 ++ times to go home @balik hotel lol.... Malam nih nak pegi night market lagi, dinner pun belum lagi.. Mandi?? Lagi la belum semenjak sampai pagi tadi..!! 

Makan malam kami adalah di Medan Selera Masjid Kayangan, Brinchang...


Jom tengok apa yang kami order!!

Siakap 3 rasa...yummy!

Kangkung goreng belacan

Sotong goreng tepung... marvelous!

Erkk..apenih?? Telur bungkus, letak je tros kena sambar! Sampai terpelanting biji jagung ke luar.

Ikan bawal bakar

My Nasik... i tak diet hokay!!!

Juga tomyam campur..
Yummy..yummmy tak?? Kesemuanya, harganya tak mahal sangat.... itu kata Inchik Dino kite... Aku tak sure! Sebab dia belanje lagi!!! (Masey...lagi sekali.) Selesai makan pun dah dekat jam 8 malam... Kami balik ke hotel kemudian bersiap untuk ke pasar malam yang letaknya bersebelahan dengan hotel kami... Dekat je..huhu!! 


apa yang aku beli??

Segalanya pesanan my mom..!!

Kacang buncis, tomato kecik, baby jagung, kentang, cili benggala, ubi keledek, jagung...
(Semua barang adalah RM30)
Semuanya ada!!!! 

Done!! 
Sambung next part 2 ye....!!!

Comments

  1. comeinya gambar dia x pakai spek.......sweet!!!!

    ReplyDelete
  2. Aku pernah bermalam di hotel ini dulu, memang dekat sangat dengan pasar dan depan hotel ini pun ada deretan kedai. Tapi yang tak bestnya ada banyak deretan bas, dan asap bas masuk ke dalam hotel kami menginap buat sakit hati saja. Untuk weekend rm 120 dan weekday rm 60, bestnya dekat dengan pasar malam Brinchang dan pasar tani ahad serta Red Strawbweey Farm. :D

    ReplyDelete
  3. A_SYHA - erkkk cik asya....malu plak...hehe

    pf - yup...best location..semua dekat...cuma keadaan bilik yang tak berapa bagus...

    ReplyDelete
  4. fuyOOo..da updatE!! cptnyerr..hihihi..

    ReplyDelete
  5. wah, msti happening kat cna kalau g time raye cine ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts