expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, February 20, 2011

Akan Datang : Hikayat Merong Mahawangsa

Filem terbaru dari KRU Studios, garapan seni Incik Yusry Abdul Halim..


Mempersembahkan........



Antara yang membintangi filem ini :

Cast:

Stephen Rahman Hughes :    Merong Mahawangsa
Dato’ Haji Rahim Razali : Kesum
Khir Rahman : Kamawas
Ummi Nazeera : Embok
Nellie Ng : Ying Ying
Jehan Miskin : Embi ( Malay Warior )
Umie Aida : Lang

Ini merupakan sebuah filem epik penuh aksi, dengan watak mitos, magis dan kesan visual yang sangat memukau..!

Layan kan? Malaysia punya movie dah punyai ciri-ciri ke arah pengarahan antarabangsa..! Kejap tadi aku tengok 'The Making : HMM' ni lah yang sampai aku teruja buat entry ni... Memang tak di nafikan Yusry tu memang berbakat besar dalam pengarahan selain adik dia Edry.. Selute kat diorang ni beb.... Kalau bukan kita yang sokong industri perfileman melayu, siapa lagi kan..?

Filem ni berkisarkan tentang Merong Mahawangsa yang merupakan keturunan Alexender The Great, seorang kapten angkatan laut terkenal yang datang ke Asia beberapa ratus tahun yang lalu.

Pada tahun 120AD, Empayar Rom pada ketika tu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.
Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh puak lanun tersebut.
Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat ini? - Credit to amyikram.blogspot.com

Filem yang menelan belanja RM8 juta ni menggunakan khidmat barisan kumpulan seni mempertahankan diri yang berpengalaman yang pernah terlibat dalam filem blockbuster seperti Hellboy 2, Rush Hour dan Police Story. Hmm...tak sabar nak tunggu kemunculan tayangan perdana bulan Mac nanti... Haaa..pe lagi kawan-kawan P.A.P.A.T??

No comments:

Post a Comment