Tuesday, February 22, 2011

Futsal Match!

Latihan futsal kami minggu lepas masih lagi berjalan seperti biasa, meskipun kurang penyertaan.. Sebab? Entah lah mereka-mereka ni. Banyak pulak komitment lain. Tapi yang masih lagi tegar tu tetap datang.. Heeee.....kelas kau Maria!! Dalam sepuluh orang tu yang datang cuma 3 orang budak serumah tue, 1 org budak flat yang sama dan ada tambahan 2 orang yang baru-baru menjinakkan diri dalam arena futsal ni..ewahh...! Oleh kerana tiada sambutan pada ari itu, kami bermain 3 sebelah... Hambik kau! Menangis-nangis kau kejar bola, Maria! 10 minit bermain bagaikan setengah jam kejar bola. 

Beb, cakap jujur le... PENAT GILE! 

Oleh kerana stamina kami yang tak seberapa tu, kami terus stop . . . sesambil makan kerepek BBQ. Dalam pada berehat tu idea datang untuk mengajak budak futsal sebelah lawan ngn kami. Baru style..!

Mula-mula permintaan kami tidak di endahkan... Mungkin kerana kami ni akak-akak kan! At last mereka terima juga pelawaan kami tu... Korang tau kami match ngn siapa? Heeee...BUDAK SEKOLAH RENDAH! Kelas kau MAria..!



Perlawanan berlangsung lebih kurang 15 ke 20 minit la agaknye dengan kemenangan ke atas budak sekolah rendah itu.. Alaaaa bg menang je tu...karang kalahkan karang kata buli budak-budak kan..Huhuh... Padahal memang kalah teruk! Memang boleh memalukan BPPA lah! 


Tau tak berapa diorang kalahkan kitorang? Tak banyak pon.... 8 - 2 jew....theeeeee ~,~

Haaa...ni time kami menjaringkan gol! Masa bolos gol pertama
Susah tu nak dapatkan 2 gol tu. Budak kecik yang jaga gol tu memang terer. Tetiba je rasa macam nak import budak tu main ngn BPPA...!! Boleh???





3 comments:

  1. hahahaa..apekes maria match ngn daq sek rdh!!!! mmg kelakar kOt.. kalah tuh pon sbb pemain import xdpt dtg sb amik exam lau x knfm 10-8..ekekeke...

    ReplyDelete
  2. uiihhh...nok angkuhh betol pemain import neh...hehehehe~

    ReplyDelete
  3. ahakzzz...tuh sudah semstynyaa...wawawawa..;-P

    ReplyDelete