Siapa yang suka minta putus? Lelaki ke Perempuan??

All goes well ..  it will be fine soon .. Soon ... by the time. 

 * * * * * * * * 
Antara lelaki dan perempuan, siapa yang lebih suka mintak putus? Ni isu perbincangan dalam hot.fm pagi tadi. Aku tak sempat nak dengar sampai habis, dah sampai ofis.. hmm~

So, ape pendapat korang?? Lelaki or perempuan.

Ramai caller yang cakap perempuan. Dan caller tu adalah lelaki. Teeet, ini yang aku dengar sepanjang aku dalam kereta .. hee~ Yela, mostly perempuan  yang cepat emo berbanding lelaki. Dan emosi ini antara salah satu faktor penyumbang kepada putusnya ikatan perhubungan. Hee. Aku tak nafikan tentang bab emosi ni. Tapi.... Tapi jangan lupa ye tahap kesabaran perempuan ni sangat tinggi tau. Especially pada orang yang diorang sayang. Mungkin dah lama bersabar tu yang minta putus tu.

Orang lelaki juga, aku tak nafikan tahap kesabaran mereka. Memang ada. Nak pulak dapat pasangan yang kuat membebel, kuat merajuk, kuat menangis, kuat bershopping tu kan... Tuhan aje yang tau betapa "As Sobru Minal Iman" nye diorang ni kan. Tu aku mengerti.

Tapi kan, sepanjang aku mengenali lelaki dalam tempoh 20tahun ni, rasa-rasanya lelaki yang banyak minta putus. Ahh...apakah aku yang bermasalah di situ? Adui! Entah lah... Hah, nak salahkan aku lah tu.? Huhu~

Bukan ...

Kadang-kadang mungkin sebab tiada persefahaman, ikatan tu hambar. Atau mungkin jugak ada orang ketiga. Aku pun tak tau..

Biarlah ...

Bagi yang mengenali aku, hmmm korang nilai lah sendiri.. Hee~


Berapa kali dah terkena. Aduiii.... Tapi tu semua mematangkan aku. Dan menjadikan aku lebih paranoid terhadap lelaki mungkin... Erkkk... macam tu pulak jadinya. Ohh..!

Apa pun, dalam sesuatu perhubungan apa yang perlu ada adalah ;

KEJUJURAN + KESETIAAN + KEPERCAYAAN

baru lah lahirnya KEBAHAGIAAN tu ...

Tu yang aku harapkan dan akan aku pegang. Insyaallah...






pssst....aku seorang yang setia taw.! Huhu~

Comments

  1. Pompuannn bab derang galak.. Pantang laki hensem piwit hahahahahaha

    ReplyDelete
  2. tau tau la... rasanya sama je.. ada je kawan yg putus, sebb lelaki dan ada jugak kawan yg lain putus sbb perempuan... harapkan pedoman dari kisah kawan2 je la sbb diri sndiri x de experience lagi.. hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts