Friday, June 15, 2012

Genting, Abang Shila Amzah dan kunci keretanya ...

Pagi ...

Lepas balik dari Genting dengan family haritu, baru aku perasan car key aku dah lesap. Entah bilanya dia tercicir. Sungguh.!! Aku tak perasan ... Bukan sekadar tak perasan, tapi langsung lupa. Bukan apa, kereta aku memang tak larat nak naik Genting. So aku bawak kunci je la. (huhu..tak de sebab..) Dan tak sangka la pulak nak tercicir ... So, petang tu jugak aku decide runner jap balik Putrajaya amik kunci spare. Dengan abang aku ...

Berdua dengan dia memang menyakitkan minda. Tapi haritu, 

"Amboi ko sekarang... Setiap kali dia update je wallpost, ko like..." (erkk...dia tu merujuk kepada ex-gf abang aku).

"Dah betul apa yang dia cakap tu ... Biar la dia ... Yang ko pun mainkan hati orang pesal? Kesian dekat dia ..."

"Hey, bukan abang yang mainkan hati dia ... Abang teraniaya ... Abang yang digoda taw...  Bukan abang yang mengurat dia ... Dia yang mengurat abang dulu ... Abang tak bersalah ... "

"Tepuk sebelah tangan takkan jadi jugak kan?"

"Abang berkawan je dengan dia. Abang ada cakap, kita berkawan, tapi kalo dia anggap lebih, dan nak tunggu abang, tunggu la.. Abang tak bagi harapan apa-apa pun. Bak kata Ustaz Azhar Idrus,

So, lebih baik abang lepaskan ... "

Aku gelak ... Pandai ko ni menjawab... 

"Wey, Abang bukan apa la. Abang rasa abang belum bersedia ... "

"Haha ... Biasalah tu, ayat orang lelaki. Belum sedia lagi, Entah, tak tau lah ... Tak payah cerita hal ni lagi lah ... Tak tau lah ... Bla-bla-bla..." 

"Bukan, macam-macam yang abang nak buat, macam-macam yang abang fikir sekarang ... " 

"Contoh??"

"Mak...Ayah...Ko sendiri..."

Aku diamkan diri ...

"Ko tau kan abang ada dapat offer keje tempat lain. Kalo fikir semula abang malas je nak tukar keje lain. Sebab tempat yang sekarang ni dah selesa. Tapi, abang fikir abang ada banyak tanggungjawab pada keluarga. So, abang nak yang terbaik untuk semua ... Kerja yang baru ni offer lagi tinggi dari yang sekarang ... 

Abang nak bahagiakan mak ngn ayah sementara diorang masih ada ni. Abang nak fulfill semua impian diorang sementara abang masih bujang. Ko pun sama. Abang nak tengok ko happy, mak happy, ayah happy ... Baru abang boleh bahagia. Izah, tanggungjawab abang besar. 

Abang tak nak bila abang dah bekeluarga nanti, abang tak boleh nak penuhi semua permintaan mak ngn ayah. Abang takut nanti terbahagi kasih sayang. Tak adil dengan mak, ayah, ko dengan family abang. Semua tu abang fikir. 

Abang ada impian, kalo keje ni okay, abang nak bawak mak pegi jalan luar negara, bawak ayah, ko ... Kalo ko nak pegi lah.. Tak pun kalo ada rezeki kene transfer sana, abang nak bawak mak ngn ayah sekali. Tu impian abang ... Kita menetap dekat sana ..."

Masa tu, air mata aku dh nak kuar ... Aku pandang  tingkap sebelah penumpang ... Sambil layan perasaan. 

Ya, aku bersyukur sangat sebab Allah takdirkan dia adalah abang kandung aku. Bukan abang kandung orang lain. Bukan abang kandung jiran sebelah rumah aku. 

Terima kasih Ya Allah ... Sebab ciptakan dia dalam keluarga aku yang kecik ni ...


5 comments: