Tuesday, March 6, 2012

Review : GHOST RIDER SPIRIT OF VENGEANCE

jOM, REVIEW KEJAP CERITA NI YANG AKU TENGOK DENGAN SORANG MEMBER BAIK AKU HARITu...

BAGI menyelamatkan ayahnya yang berada di ambang kematian, penunggang motosikal lagak ngeri, Johnny Blaze rela menjual rohnya kepada syaitan bernama Mephistopheles. Begitupun, ayah remaja lelaki ini tetap juga menemui ajal selepas terbabit dalam satu kemalangan ketika sebuah pertunjukan diadakan. Ini menyebabkan rasa tertipu dan bertindak membalas dendam.


Beberapa tahun berlalu, Johnny yang telah bergelar bintang aksi ngeri bertemu semula dengan Roxanne, wartawan di sebuah stesen televisyen. Pertemuan itu membibitkan rasa sayang Johnny pada wanita itu. Pada masa yang sama, Mephistopheles muncul kembali. Dia menawarkan peluang untuk membebaskan roh Johnny seandainya lelaki itu bersedia menjadi`penunggang hantu', ejen kuasa ghaib bagi keadilan dan pembalasan dendam.

* * * * * * * * *
Mengarut..


Ahhh tu cerita  pt.1 Ghost Rider. Boleh dikata menarik, even jalan cerita yang mengarut. Yelah, yang mengarut tu juga yang menjadi kesukaan kita kan? Bila pt.2 ni, GHOST RIDER SPIRIT OF VENGEANCE cam haremm pulak cerita dia. Untuk part ni, pengarah dia cuba untuk wat shoot2 yang lawak macam Mission Imposibble : Ghost Protocol tapi cam tak jadi je. Ada ler part-part dia yang  menjadi sikit.

Sikit..

Yang lain-lain lebih mengarut dari part 1. Part 1 tu aku rasa ada jugak  jalan cerita yang nak di sampaikan.  Watak-watak sampingan yang menarik... macam  Caretaker  Blackheart... Tapi yang ni.! Hmmm...

: 3 out of 5!

2 comments: