Thursday, March 8, 2012

Bibir Kilafairy atau bibir Dang Suria?

Panas dengan isu Dang Suria inject botox dekat bibir dia. Nak macam bibir Kilafairy le tue? Kalo dulu korang perasan retis kat Malaysia ni nak ikut hidung si Dafi AF. Ingat tak? Sama la fenomenanye sekarang ni...

Dang Suria dengan wajah baru
Kilafairy yang memang sedia ada
Tapi aku tak. Aku tak perlukan kedua-dua tu. Sebab aku punya bibir adalah tulen. Tulen bang..! Tapi tak kekal lama ler.  Miahahaha~  Tak nak pulak kau bibir cam tu seumur hidup. kan? 

Hari Selasa aritu aku dengan kawan opismate pegi makan nasik kukus kat p16. Nak dijadikan cerita balik dari makan tu tangan aku jadik bengkak-bengkak, badan rasa macam nak menggatai je. Mood untuk melepak kat tempat Panjang pun non ado petang tu. Lagi pulak malas nak mendengar kisah dongeng Abang Bro. 

Start engine... Aku blah naik WRP.!

Petang sampai kat umah aku semakin rasa miang keladi. Apesal? Baru aku perasan habis naik gatai-gatai kat seluruh badan. ..Memang buat hal. Mangsa aku adalah Kema. Yer la dia kan selalu mengalami simtom-simtom pelik macam ni kan... Kalo kak nono lain, dia selalu mengalami perlakuan luar biasa...

Semua simpom ni aku rujuk pada Kema. Dia cakap bibir aku dah mula bengkak. Alamak! Tak boleh jadik ni.  Bila aku refer pada kak nono pun dia cakap benda yang sama...

"Ze, makin bengkak ni.."
Aduhai...camana nak pegi opis besok? Nak pulak aku kene pegi Cyber... Matikkk kene carutan luar biasa pulak besok.

Malam tu, aku pikir nak tido, insyaallah aku bangun besok tak de lah bengkak ni lagi. Namun perasaan tu hampa belaka. Bila aku tak ley tido sebab gatal-gatal  lebih hangat daripada biasa. Tak pikir panjang, aku terus amik keputusan pegi klinik Lita Alis. Nasib baik klinik tu tak tutup lagi. Doc tu nak inject tapi aku takut. Dia dok tengok bibir aku, yang dah macam Angelina Jolie...

Malu...aku tutup dengan sapu tangan.

"Siti Nurhaliza..."
"Yep.." Sambil tangan aku masih menutup bibir yang seksi itew...

Nah, sedebuk ubat tahan gatal, kurang bengkak, ubat sapu dengan alahan. Semua RM46. Lagi sekali matikkk...duit takde...

Nak tak nak bayar la kan... Bibir dah bengkak badan gatal. Terus aku pecut balik. Yang penting besok MC.! Miahahaha...~

Seharian aku tak keluar rumah, duk tengok bibir Angelina Jolie aku yang tak surut-surut. But finally surut juga lepas aku makan ubat tengahari tu.

Menjelang petang, Jejai mesej tanya pasal aku tak datang keje.

"Susah aku nak cakap kat ko, call aku kejap..." Aku dial no dia...

"Aku rasa ko makan kuah nasik kukus tu.. Pian cakap kuah tu kuah itik. Ko makan itik ke? Ko ada alah pada itik ke?"

Demm...!!! Patut la bibir aku ni dah macam itik serati gamaknya.!

Tapi, aku alah pada itik kew?? Oh noe...!!

________
legnOte : Aku ada snap gambar bibir seksi aku tu.. Tapi nak bubuh dekat sini macam najis pulak rasanya...~

No comments:

Post a Comment