Friday, March 9, 2012

Nauzubillahi-minzalik!







1. Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadu domba.

2. Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang 
yang haram.

3. Mereka dihalau dalam keadaan terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka
adalah dari golongan yang suka berdusta. 

4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah 
dari golongan yang riak bangga diri dan sombong.

5. Mereka dihalau dalam keadaan menguyah lidah sendiri sedang lidahnya itu 
menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang 
menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan 
perilakunya.

6. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah 
manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang 
tidak jujur.

7. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah 
orang-orang yang mengganggu jiran-jiran. 

8. mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan yang curang 
dalam menetapkan hukum.

9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai. 
Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara
wajib seperti zakat, puasa, solat, ... tidak menjalankan kerja dakwah dan 
sebagainya.

10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka
ini adalah manusia yg syirik kepada Allah swt.

Semoga kita semua berada dalam lindungan - Nya. Amin~

6 comments:

  1. Kekadang aku rasa aku layak ada di situ.. Then aku nagis sorang2 sebab aku takut..

    ReplyDelete
  2. i/allah..sama2 berubh ke arah kebaikan...utk mendapat rahmatNya.

    ReplyDelete
  3. semoga kita tergolong dalam golongan yang mendapat rahmat di hari akhirat nanti..amin...

    ReplyDelete
  4. semoga kami bukan dari golongan ini ya Allah. Aminn.

    ReplyDelete