Thursday, March 15, 2012

Nurul Nadirah Abdullah Selamat Dikebumikan. . .

Segalanya dah terjawab. Dan mayat arwah Nurul Nadirah pun dah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pertanian Masai, kira-kira 1.30 petang semalam....

Yang salah telah ditahan dan menanti hukuman. Saspek dah ditahan tak silap aku seramai 4 orang dan salah sorang daripadanya adalah ayah kandung dan jirannya. Motif pembunuhan adalah disebabkan dendam


Dengar cerita, katanya jiran tu ada bergaduh dengan nenek arwah sebelum kejadian berlaku. Entah ya entahkan tidak. Aku tak berapa nak pasti lah... Korang baca sendiri dekat sini ..


"Sumber itu memberitahu, suspek yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa mendakwa dia bertindak demikian kerana dendam selepas pernah dihina dan dipandang rendah oleh nenek mangsa." ~sumber.

Alahai kesiannya lah kan ... Hanya kerana kelalaian dengan sikap keluarga sendiri, anak menjadi mangsa. Teraniaya dengan perbuatan keluarga sendiri. Anak menjadi pelepas dendam. 

Tak kurang, mak dia pun yang katanya lalai dalam melaksanakan tanggungjawab. Aduhh...! Kawan-kawan semua, anak itu anugerah... Hargailah mereka... Jangan sampai dah terantuk baru nak terngadah...

Ni petikan dari harian metro ...

“Saya akui leka melayari facebook (fb) tanpa menyedari Dirang yang keluar membeli mi segera belum pulang hingga suami bertanyakan di mana anak,” kata Roselyn Alan, 25, ketika ditemui di rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, anaknya, Nur Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, lima tahun, hilang sejak Khamis lalu ketika membeli mi segera di kedai runcit berhampiran flat berkenaan. Katanya, Dirang baru bangun tidur dan mengadu lapar serta mahukan mi segera. “Saya memberikan RM4 bersama nota bertulis ‘mi segera dua bungkus dan telur RM2’ sebelum memintanya ke kedai runcit berhampiran.
“Selepas itu, saya melayari fb menyebabkan leka dan tidak teringatkannya langsung. “Bagaimanapun, saya tersentak apabila suami, Lima Medeng, 25, bertanya di mana Dirang selepas menjenguk ke bawah dan gagal menemui anak kedua kami,”. ~Sumber
DIRA

Rentetan dari kejadian ni, katanya keluarga arwah ni buat keputusan nak berpindah rumah... Yelah, banyak agaknye kenangan arwah Dirang tu kan. Setiap sudut bucu mak dia teringatkan anak dia tu... Mana tak... Anak kan? Dari kecik ada depan mata, tiba-tiba harini hilang dan tak mungkin akan bertemu semula... 

Apa pun takziah untuk keluarga arwah adik Dirang. Dan untuk kita semua, ini jadi iktibar semoga kita tak leka dan lalai.

Ok, Bai!

________
Related : Nurul Nadirah Abdullah, Nurul Nadirah, kejamnye!!

6 comments:

  1. kerana mulut badan binasa..

    yg tak bersalah teraniaya..

    al-Fatihah untuk arwah.

    ReplyDelete
  2. menyesal pun dah tak bergune..

    ReplyDelete
  3. orang lain yang buat salah
    orang lain yang terkena...alahai..

    takziah pada keluarga arwah dan al-fatihah..

    ReplyDelete
  4. Anak hilang. Mak wat tataw sebab leka berfesbuk.Laki balik baru sedar yg anak tak balik2 lagi.

    Tu je statement gua.

    Korang pikir la sendiri.

    Gua nak kata lebih2 pun bukan tempat gua.

    totallymejah.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. sedey sangat....walau apa pown alasan....bdk kecik tu xbersalah....

    ReplyDelete
  6. alfatihah buat arwah
    semoga bidadari kecil itru lebih tng disaner.
    sdh bygkan seorang anak ekcil yg lapar dibunuh sebegitu kejam....
    x boleh terima.

    ReplyDelete